Lepas aktiviti mengeram telur penyu dan kemudian masing-masing terjun laut, kami bersiap-siap untuk bertolak balik.
Lepas kemas chalet, ucapkan terima kasih pada 'penaja' penginapan, sebelum balik kita bergambar dulu. Macam biasa, gambar wajib - gambar melompat adalah kemestian. Tapi biarlah gambar-gambar tu saya simpan je, maklumlah kerana gambar itu saya ditegur secara terang-terangan oleh seseorang. Haishh! Sentap sampai hari ni. Haha. Erm.. tak salah nak menegur, tapi biarlah dengan cara yang beradab, ini tidak cara menegur lebih kepada memalukan orang. Pengajaran untuk diri sendiri dan semua... kalau nak tegur orang, belajar dulu cara RasulAllah menegur umatnya - silap-silap haribulan niat nak dapat pahala, tapi dosa yang ditempah! Ok dah melalut... sentap punya pasal. haha
Cerita tak banyakpun, layan gambar saja la ye...
|
Harap-harap suatu hari yang lain akan sampai ke pulau ini lagi |
|
Candid pic - tak boleh tayang gambar melompat kita tayang aje gambar ni. hiks |
|
Bot yang banyak berjasa sepanjang kami di Pulau Redang. |
|
Selamat tinggal Pulau Mat Kepit, panjang umur kita jumpa lagi! |
|
Lepas 30 minit naik bot, kami sampai di jeti Kampung Redang. Kami akan naik feri untuk balik ke jeti Syahbandar di sini. Dan sampailah masa untuk ucapkan selamat jalan dan terima kasih pada sahabat saya tu sebab dia akan balik ke Kuala Terengganu dengan bot jabatannya. |
|
Feri balik ke jeti Syahbandar - tak lamapun menunggu, feri pun sampai. |
|
Tiket kami - harga tiket ini hanya untuk yang 'istimewa' macam kami je, hehe. Harga asal macam yang saya pernah ceritakan dalam entry sebelum ni iaitu RM35 (untuk orang Ganu) dan RM55 (untuk orang Malaya/pelancong). Sekali lagi terima kasih 'penaja'! |
Naik feri - free seating, dan perjalanan balik ke jeti Syahbandar mengambil masa hampir 2 jam. Niat hati nak tido, tapi disebabkan tersilap pilih seat - duduk depan aircond yang sejuk gila, kami semua menggigil hingga sampai ke jeti. Maklumlah lemak tak banyak. haha
Sampai di jeti Syahbandar, dengan masa singkat yang masih berbaki, kami singgah ke Pasar Kedai Payang sekejap. Cuci mata sekejap, dan kalau ada sesiapa yang berhajat nak memborong di sinilah tempatnya.
|
Pemandangan pasar kedai payang dari atas - bangunan lama pasar kedai payang yang katanya akan dirobohkan tak lama lagi dan telah diganti dengan bangunan baru untuk pasar ini. |
|
Bangunan baru (bangunan tinggi yang warna putih) yang dibina di depan tapak asal pasar kedai payang |
|
Bandar Kuala Terengganu - dari jauh nampak bangunan paling tinggi di Kuala Terengganu - bangunan Wisma Darul Iman. Ini saja bangunan yang paling tinggi di Kuala Terengganu. Tak apalah, tetap KT tampak gah di mata saya. Haha. |
Lepas beli barang-barang di Pasar Besar Kedai Payang, kami bertolak balik ke rumah saya. Balik mandi dan bersihkan diri dulu sebab petang tu kami nak ke laut pulak iaitu mencandat sotong!
~ bersambung
untunglah pm ada orang istimewa belikan tiket, hehe...gambar spek mata tu serius kreatif, cantik weh...
ReplyDeleteorga, skali skala nak jugak merasa jadi orang 'istimewa' kannnn?? hehe
ReplyDeletegambar spek tu sebenarnya candid, tak sangka cantik pulak hasilnya. hehe
kereen bos...
ReplyDelete