Followers

Saturday, October 19, 2013

KL Hop-on Hop Off : Kuala Lumpur from a tourists' eyes

Pernah tak korang jadi pelancong dalam negara sendiri? 

Kalau agak-agak nak rasa boleh cuba KL Hop-on Hop-off. Sebenarnya dah lama saya beli tiket ni, tapi macam biasalah, nak redeem tu last-last minute barulah terhegeh-hegeh. Kami dapat harga tiket untuk RM38.00 (ticket for 24 hours ride) dengan harga RM10.00 saja! Ini semua berkat kuasa membeli di hujung jari. Haha. Kebetulan syarikat yang mengusahakan city tour bus ini mengadakan promosi besar-besaran di Living social, teruslah saya roger kawan-kawan dan semua setuju nak naik bas pusing-pusing KL bila semua free nanti. 

Sesiapa yang rasa nak tengok KL dari kaca mata pelancong, bolehlah cuba. 

Sedikit info boleh lawat laman web INI dan boleh tengok HARGA TIKET sekali. Jadi boleh budget berapa RM yang bakal dikeluarkan nanti. Tiket bus boleh dibeli di 3 lokasi utama iaitu KL Sentral, Central Market dan Tourism Malaysia di Jalan Ampang.

Walaupun tak dapat cover banyak tempat, sebab masa tu orang Malaya masih demam makan ketupat lemang, menyebabkan jalan-jalan di KL macet teruk, tapi ok lah. Kebetulan semua orang takde jemputan rumah terbuka, jadi kami berayalah cara kami. hiks.

Papepun jom layan gambar.

Pembelian tiket bas ini terdapat di 3 lokasi utama iaitu KL Sentral (kawasan luar bangunan, tempat taxi), Central Market (CM) dan pejabat Tourism Malaysia, KL.

Peta laluan bas. Setiap lokasi yang menjadi tarikan pelancong ada hentian bas. Tekan SINI untuk lihat peta yang lebih besar
Lokasi 1 : Muzium Negara. Tiket masuk RM5.00/person. Lama kami habiskan masa di dalam muzium. Saya sendiri dah lupa bila kali terakhir saya lawat ke sini.


Macet di tengah kotaraya - bayangkan kami berada di atas bas tak berbumbung di tengahari buta. Wah! cas pelancong lah sangat kan? Dalam kepanasan menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang macet di hari minggu sempat lagi pemandu-pemandu kereta hon dan melambai kami di yang 'kepanasan' di atas bas. Hahaha.

Lepas bersesak-sesak dalam kesesakan lalulintas, bas terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istana Negara. Kami lalu saja, tak terniat untuk singgah pun dan mengikut bas terus ke destinasi lain.

Akhirnya kami singgah di Taman Botani Perdana.

Tenang berada di sini, udaranya segar walaupun taman ini berada di tengah-tengah kesibukan ibu kota. Kelihatan ramai orang sedang beriadah. Ibu bapa membawa anak-anak bermain di taman permainan. Kami jalan keliling taman, mencari port terbaik untuk 'berkelah'. Kami bawa bekal dari rumah. hiks


Sekitar Taman Botani ada lagi beberapa tempat menarik berhampiran. Kami lalu saja di Taman Burung dan akhirnya ambil keputusan untuk masuk ke Taman Orkid. Taman ini tidak besar mana, tapi pokok-pokok orkid di sini semuanya dijaga dengan rapi.



A piece of picture can story everything

Perjalanan kami berakhir di Taman Orkid. Kalau ikut hati, mahu saja kami tawaf semua route bas. Tapi masa tak mengizinkan. Jadi oklah, lain kali ada masa boleh repeat lagi.


6 comments:

  1. Rupanya KL pun byk tempat menarik..JM pun tak tahu ada Hop On Hop Off tu...Ingatkan Taman Botani Putrajaya tadi hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye JM, byk jugak tempat menarik kat KL ni. Lagi syok kalau naik hop on hop off ni. kekeke

      Delete
  2. Motip dok ajok???

    *Sajer wat emo....hahhahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. motip emosi??? hahaha

      bukang dok ajok, tapi masa tu pn fatimoh mu ada sini. how??

      Delete
  3. hehe best gak yer sekali sekala buat melancong dalam negara sendiri camni kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cas cas jadi pelancong dalam negara sendiri best jugak MS. hehehe

      Delete