Followers

Monday, October 07, 2013

Trip Surabaya - Bandung (3) : Air terjun Madakaripura

Lepas jelajah bromo (jelajah la sangat kan?), perutpun dah kenyang, Pak Bakhtiar langsung membawa kami ke Air Terjun Madakaripura. Info tentang air terjun ini boleh ketik SINI.

Saya tak pasti berapa lama perjalanan kami sebab lepas layan view sekejap masing-masing tertidur kepenatan, terjaga je dah sampai rupanya. huhu. Info di bawah saya copy/paste saja dari informasi yang diberikan oleh Mr. Wong kepada kami sebelum ke sini dengan sedikit tambahan info.
  1. Jangan pakai baju putih
  2. Kalau tak mau basah, bawa baju hujan disposable/payung
  3. Sediakan beg plastik untuk cover bag dan barang-barang yang dibawa
  4. Waterproof casing untuk camera - nak mudah bawak waterproof camera terus
  5. Selipar jepun
  6. Terdapat bilik air untuk yang ingin mandi dengan bayaran Rp3,000 - air ini direct dari waterfall sangat sejuk dan bersih.
  7. Di sini juga terdapat surau. Walaupun kecil saja tapi ia bersih. Tapi kena bawa telekung sendiri ye, dan kompas untuk tentukan arah kiblat sebab tak ada penunjuk arah kiblat. Jadi kalau nak lebih yakin, kompas sangat membantu untuk menunjuk arah yang tepat.
Saranan saya, kalau ke sini jangan lepaskan peluang mandi di bawah curahan air terjun tu. Memang berbalaoi-baloi. Macam rendam air dalam air batu, sejuk sampai ke tulang!

Untuk sampai ke kawasan air terjun kita kena berjalan melalui jalan denai lebih kurang 30-45 minit. Biasanya kita akan disapa oleh penduduk di sini yang menawarkan khidmat guide untuk ke kawasan air terjun. Harga yang ditawarkan lebih kurang rp50,000 -100,000. Saya tak pasti berapa rate yang tepat sebab kami jalan sendiri saja.

Jalan menuju ke air terjun - ada denai kecil disediakan. Untuk sampai ke air terjun, kita akan bertemu beberapa buah pondok (pondok rehat/pondok jualan penduduk etc). Hari tu kami bilang berapa buah pondok yang kami jumpa sepanjang perjalanan, rasanya kalau tak silap lebih kurang 14 buah pondok kot.
Aksi wajib - walaupun gambar tak berapa nak lawa, tapi kira oklah, ada jugak kenangan kan?
Lagi aksi wajib mereka!

Ini air terjun yang paling kuat curahannya. Lalu aje dah basah lencun! Agak-agak teringin nak dapat free massage bolehlah try duduk bawah air terjun ni. Hehe.
Aksi berani cuba - ambil gambar betul-betul bawah pancuran air terjun. Walaupun camera ini water proof, perasaan cuak tetap ada. Lepas masuk dalam air masin hari tu camera ni berehat panjang, lepas tu bawak ke air terjun pulak. Sebab apa saya cuak, lepas lama diperam, bila saya on balik camera ni, tiba-tiba ada garis panjang pada skrin, seolah-olah gambar terbelah dua. Aduhai kesian camera itu...
 Meh tengok apa yang ada di sebalik batu-batuan tu...

Ini kolam takungan air yang paling dalam kat sini.
Air terjun dari puncak, sayup mata memandang..
Inilah air terjun yang mencurah-curah ke bawah tu
Keadaan di sini seperti berada di takungan air yang kecil, airnya pula seperti mencurah dari atas. Kuasa Allah mencipta sesuatu dengan penuh keindahan!
Ok, ini gambar last sebelum balik!
Tiba-tiba muncul pelangi dari celah-celah curahan air terjun. Sangat cantik walaupun pelangi tu kecil aje. Sebenarnya masa kami tengah syok 'bergumbira' tiba-tiba langit gelap, macam nak hujan dan-dan tu jugak. Jadi kami ambil keputusan untuk berpatah balik, tiba-tiba je langit cerah balik dan tak lama lepas tu muncul pulak pelangi!


13 comments:

  1. owhhh pengalaman best kat sini gak. time korang pegi tak hujan kan ni? so jalan tak brape nak licin. dlu pegi dgn hujan nya.. jalan licinnye. asyik hati2 je takut terhantuk batu2 kat situ. kamera pun amek snap skit2 je sbb tak prepare sume. kang rosak mmg nanges tak berlagu ler... tp serius kat sini mmg lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca jugak catatan uols, masa korang pi sana hujan kan? Alhamdulillah time kami cuaca menyebelahi kami, walaupun mula2 macam nak hujan, end up mentari muncul kembali. haha

      Delete
    2. Gara-gara mendung, maaf ye... saya jadi agak pushy sikit. Sebab kawasan air terjun terkenal dengan kepala air yang datang menerpa tanpa suara & amaran.

      Mungkin berkat doa & semangat kalian, kalian berjaya juga lihat 2 air terjun utamanya walau agak rugi kerana tidak masuk ke lingkaran terakhir tersebut untuk berfoto-foto di dalam ruangan tersebut. Mungkin next time, kena sampai ke penghujungnya. :)

      Tips terakhir Cik Nani kena tambah waktu nak menyeberang sungai kecil itu, jangan pijak batu sebab licin. Air sungai tu pun sedalam lutut orang dewasa je... :)

      Delete
    3. Mr. wong, tak ada apa yang nak dimaafkan pun. Kami tak kisahpun, maklumlah masing2 kan hati kental. hahaha

      kalau ada rezeki next time, akan cuba sampai ke penghujungnya. hehe

      Delete
  2. JM tahu kenapa Mr Wong pesan jangan pakai baju warna putih heee

    Jauh juga jalan sampai ke dalam tu eh 45 min tapi tak seteruk naik bukit Puchong eh :-)

    Cantik betul..Subhanallah...ore yg ambik gambo tu pun pandai cari angle..cantik seperti tuan blog jugak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, baju putih tu valid untuk pempuan aje. hihi

      kejap aje JM jalannya, memang kalah berganda-ganda dengan bukit puchong tu. hahaha * jom g lagi! hee

      Memang cantik ciptaan Allah JM, melopong kami yang tengok ni. haha. err.. tetiba plak tuan blog pun dapat pujian skali. Rare ni JM, tak pernah2 orang puji tuan blog cantik. kakaka

      Delete
    2. Selain Air Terjun Madakaripura, terdapat juga Air Terjun Coban Pelangi & Air Terjun Coban Trisula. Kedua air terjun ini juga berada dalam TN BTS itu sendiri.

      Trek menuju Coban Pelangi dan Coban Trisula masing-masing 1.5km dan 3 km menuruni lereng gunung.

      Delete
  3. Ada juga perancangan nak buat trip macam ni...

    sabar menanti entry penuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy , must try this trip! best yang amat!

      Next entry will publish soon. Sabar ye, tuan blog tengah dijangkiti penyakit M. hoho

      Delete
  4. cantiknya....subhanallah...teringin nak pergi juga...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, memang sangat cantik. haaa harus pergi!!!

      AA promo free seat, cepat cari tiket FREE ke surabaya! hehe

      p/s : kalau nak g sana avoid bulan 12-2 ye, musim hujan masa tu :)

      Delete
  5. Subhanallah tengok gambar pun dah cantik sangat...kalau tengok live macam mana agaknya kan
    hopefully ada peluang MS jejak kaki ke sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS, memang cantik sangat. Kalau tengok live berganda2 cantiknya. hehe

      InsyaAllah MS, budget kurang rm500 dah boleh sampai sini, tapi ini budget ala2 orang berpoket nipis aje la. hihi

      Delete