Followers

Thursday, January 23, 2014

Land of Smiles Trip (7) : Saiyoknoi Waterfall dan perjalanan ke Sangklaburi

Dari Hellfire Pass, pakcik van terus berpatah balik menuju ke Kanchanaburi. Selepas hampir 30 minit perjalanan van berhenti di pinggir jalan - sekitar kawasan air terjun. Kami turun dan pakcik van kata kami diberi masa lebih kurang 45 minit - 1 jam untuk jalan-jalan di sekitar kawasan air terjun. Masuk PERCUMA. Ramai juga pengunjung di sini, tapi kebanyakkannya terdiri daripada penduduk tempatan. Semuanya macam berkelah dan berekreasi dengan keluarga.

Entrance masuk di atas papan tanda ini. Naik tangga je, lepas tu terus jumpa air terjun
Permulaan air terjun - air terjun di sini biasa-biasa saja. 
Saya kira inilah punca air terjun utama di sini. Ada satu aliran air terjun yang menuruni bukit dan disekelilingnya dilingkungi oleh kolam. Di sini memang ramai budak-budak berendam. Hairan, airnya agak keruh padahal air terjun yang turun bukan main jernih lagi
Mulanya saya tengok air terjun ini biasa-biasa saja - seperti air terjun di tempat lain. Tapi, lepas diperhatikan keadaan di sekitarnya agak unik air terjun ini. Sebabnya aliran airnya berserakan di merata tempat. Bermula dari air terjun yang turun dari bukit, airnya mengalir di seluruh kawasan tanpa ada arus. Contohnya seperti gambar di atas dan di bawah - kedua-dua tempat ini dilitupi air. Sekali pandang kawasan ni macam banjir pulak
Jangan tak percaya, kawasan dalam gambar ini adalah kawasan air terjun. Semuanya berair. Kita boleh lalu di semua tempat. Aliran airnya tenang, dan cetek saja. Tapi airnya sejuk dan jernih!
Kawasan bawah air terjun. Di sekitarnya ada kedai dan restoran yang didirikan di atas air. dan di sekitar kawasan lapang pula ada kedai-kedai jual cederamata dan kedai jual kerepek. Sedap-sedap kerepek yang dijual kat sini.

Dah puas berjalan kami singgah di membeli kerepek di gerai sekitar air terjun. Tapi dalam banyak-banyak gerai kami jumpa gerai pancake kelapa. Menarik dan nampak sedap. Yang penting halal. Apa lagi, masing-masing order la. 

Kalau singgah di Saiyoknoi Waterfall jangan lupa singgah dan rasa pancake coconut yang brother ni jual. Tak tipu, memang sedap!
Rupa pancake - yang saya punya ni saya dah request tak nak tambah susu dan gula. Itupun dah manis gila dah. Campuran isi kelapa muda dengan pancake tu memang masuk dan sedap - lemak manis rasanya. Lepas ni kot ada sesiapa nak cuba resepi roti canai bolehlah try buat roti canai kelapa muda, mesti laku jual ni!

Perjalanan diteruskan hingga sampai di stesen bas Kanchanaburi lagi. Sampai lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Kami ber'4 terus ke kaunter minivan untuk beli tiket ke Sangklaburi - THB175/person. Manakala rakan-rakan yang lain mencari minivan untuk kembali ke Bangkok. Elok saja sampai di kaunter, minivan dah sedia menunggu dan kami terus beli tiket sebab perjalanan kami masih panjang - masih berbaki lebih kurang 3 jam atau mingkin lebih untuk sampai ke Sangklaburi. Tiket dah dapat, masing-masing ambil bag dan terus ucapkan selamat jalan buat kawan-kawan yang lain. 

Sekarang hanya kami ber'4 saja yang menuju ke Sangklaburi bersama penumpang yang lain. Semuanya local kecuali kami ber'4 dan seorang uncle mat salleh. Ada cerita kelakar di sini. Masa kami beratur nak beli tiket, uncle ni beratur di depan kami. Bersamanya seorang perempuan tempatan. Scene makcik bercakap 'agak kasar' dengan uncle mat salleh menarik perhatian kami semua. Siapa sangka pasangan itu naik minivan yang sama dengan kami. Mulalah timbul bermacam-macam spekulasi tentang pasangan itu. Kata Anne, 'mungkin perempuan local yang tak berapa nak cantik makwe atau 'teman seperjalanan' uncle mat salleh tu'. Macam-macam yang kami bayangkan, hingga kadang-kadang sangkaan kami tersasar jauh! Haish teruk betul! 

Ok, kita tinggalkan kisah uncle mat salleh dan makcik local dengan hal mereka. Perjalanan di teruskan. Minivan beberapa kami berhenti untuk pemeriksaan polis. Maklumlah Sangklaburi bersempadan dengan Myanmar, jadi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya isu keselamatan. Alhamdulillah, kami tidak menghadapi masalah. Yang penting 'buku merah' sentiasa ada, InsyaAllah selamat.

Beberapa kali tertidur dan terjaga, akhirnya selepas lebih 3 jam kami selamat sampai di Sangklaburi. Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik. Minivan melalui kawasan berbukit-bukau dan yang paling menarik kami dihidangkan dengan pemandangan dari empangan yang lawa. Tapi tak ada gambar sebab jalan macam ular kena palu. huhu.

Kami diturunkan oleh pakcik minivan di tepi jalan sekitar bandar Sangklaburi - bandar yang kecil, tenang dan nyaman. Sementara tunggu Anne telefon owner Coffee Berry Guesthouse untuk ambil kami semua, kami jalan-jalan di sekitar walking street. Masih awal, jadi gerai di situpun baru nak buka.

Sangklaburi walking street : Dibuka seminggu sekali. Malam nanti ada pasar malam di sini.

Tak sampai 15 minit Ying datang ambil kami. Tak jauh sebenarnya jarak dari sini untuk ke guesthouse. Tapi alang-alang owner guesthouse baik hati nak datang ambil kami, kita gunalah kemudahan yang ada kan? Malam ini kami akan bermalam di sini...

Coffee Berry Guesthouse yang unik dan comel. Bilik kamipun sangat selesa. 

Hari masih muda, kami sampai di Coffee Berry, check in, solat dan rehat sekejap. Lepas tu kami keluar lagi. Rugilah datang jauh-jauh duduk kat bilik aje kan? hiks.

~ bersambung lagi


6 comments:

  1. banyak nya entri pasal trip nie... bila baca buat hati memberontak untuk ke sana... argghhh....!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabah la ye cheq eem membaca entry utk trip thai ni. ini baru separuh. huhu.

      Delete
  2. sampai sudah terlupa nak tanya uncle tu siapakah gerangan mak cik garang tu...
    *dah lah duk speku macam2, maaf pun tak mintak.. how? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? camne boleh lupa eh?
      kena g belgium ni anne, melawat uncle tu, pastu boleh mintak maaf skali sbb speku yg bukan2. muahahaha

      Delete