Followers

Tuesday, January 21, 2014

Land of Smiles Trip (6) : Hellfire Pass Memorial : Burma - Thailand Railway

* momentum untuk teruskan entry ni sangat selow!

Hari terakhir di Kanchanaburi. Petang ini kami ber'8 akan berpisah mengikut rencana masing-masing. Perjalanan saya 4 sekawan masih berbaki lebih kurang 5 hari lagi, manakala 3 rakan kami akan kembali ke Malaya dan seorang lagi pula akan teruskan perjalanan ke Cambodia. Tapi sebelum itu, sementara menunggu petang, masih ada agenda lain di Kanchanaburi yang akan kami lakukan bersama-sama.

Selepas breakfast, check out dari VN Guesthouse kami minta staff guesthouse untuk panggilkan tuk-tuk untuk bawa kami ke Stesen bus Kanchanaburi. Tambang dikenakan ialah THB20/person. Sampai di sana, kami cari tempat untuk simpan beg sebelum teruskan rencana kami. Kami tinggalkan beg di pejabat Tourist Office dengan bayaran THB20/person.

Dah selsesai semua urusan barulah masing-masing cari option untuk ke Hellfire Pass Memorial. Ada beberapa cara untuk ke sini sama ada menggunakan public transport (naik bas) ataupun sewa tuk-tuk. Beberapa kali kami di'approach' oleh local yang menyediakan perkhidmatan tuk-tuk untuk ke sini, akhirnya selepas ditimbang-timbang kami setuju untuk sewa tuk-tuk dengan bayaran THB100/person/return dan tambahan THB10/person untuk singgah di Sai Yok waterfall. Total lost : THB110/person (RM11.00/person).

Perjalanan lebih kurang 1 jam naik tuk-tuk dengan cuaca dingin dan angin yang kuat memang menyeksakan! Haha. Sejuk gila ok! Dah la pakcik tuk-tuk bawak lori macam pelesit! Sampai kami semua yang duduk belakang ni macam nak terbang dibuatnya.

Sampai di pintu masuk, pakcik tuk-tuk melaporkan diri dan kami kemudian membawa kami semua masuk ke dalam kawasan memorial. Mujur naik tuk-tuk, tak payah berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Kalau kami semua naik bus, kena menapak la jawabnya untuk masuk ke dalam kawasan memorial. Di sini kami diberi masa lebih kuran 2-3 jam.

Sedikit info tentang Hellfire Pass - Dibina pada tahun 1998 oleh kerajaan Australian sebagai tempat untuk memperingati tahanan perang dan juga buruh kasar yang telah dikerah untuk melakukan pembinaan landasan keretapi : Thai-Burma Railway pada tahun bermula pada Oktober 1942 siap pada 16 Oktober 1943. Landasan sepanjang 415 km siap dalam tempoh setahun menghubungkan antara Nong Pladuk di Thailand dan Thanbyuzayat di Burma (Myanmar). Kalau nak tahu lagi kisah tentang tempat ini dan sejarah disebalik pembinaannya boleh baca di SINI

Waktu operasi dan apa yang ada di sini. Masuk adalah PERCUMA.

Dedikasi pembinaan muzium dan juga memorial

Di dalam muzium terdapat beberapa bahagian - pengenalan, sejarah, dan bilik tayangan video pendek. Masuk ke dalam muzium ini, tipulah kalau saya tak rasa apa-apa. Walaupun sekadar tahu sedikit sejarah tentang tempat ini, jauh disudut hati terasa sayu. Bayangkan hanya kerana kuasa dan peperangan banyak nyawa yang tak berdosa menjadi korban. Baik tahanan perang mahupun yang menjadi buruh paksa semuanya menjadi mangsa. Terutamanya buruh paksa. Lebih kurang 250,000 orang menjadi tawanan dan dipaksa bekerja tanpa rehat. Mungkin ada datuk moyang kita yang pernah menjadi buruh di sini, siapa tahu kan? Daripada jumlah tersebut, 70,000 - 90,000 mati akibat dijangkiti penyakit atau kekurangan makanan. Bayangkan mereka semua dikerah bekerja lebih 12 jam sehari dan hanya diberi makanan iaitu nasi bersama sayur jeruk 2 kali sehari. Sudahlah kurang makan dan tak cukup zat, mereka dikerah bekerja dan jika ada yang sakit mereka akan didera ataupun dibiarkan mati begitu sahaja. Banyak kubur tanpa nisan di sini. 

Sedikit penerangan sejarah apa yang berlaku di sini.

Salah satu surat kepada keluarga mangsa yang telah mati.

Selesai melawat sekitar musium, kami turun ke bawah pula untuk lihat sendiri tempat asal yang menjadi kem tentera Jepun untuk membina landasan keretapi. Masing-masing berjalan dan melayan perasaan sendiri - cuba menyelami keperitan yang dilalui oleh tahanan dan buruh yang dikerah membina Death railway ini suatu ketika dahulu. 

Kami turun ke tangga, mengambil jalan ke kiri untuk turun ke kawasan sekitar memorial
Sebahagian landasan yang telah usang. Tapi masih kelihatan. Disepanjang jalan inilah dibina landasan keretapi di mana banyak keringat dan kudrat manusia terkorban. 
Sunyi dan agak 'seram' berada di sini. Keadaannya sangat redup seolah-olah tempat ini menyimpan banyak peristiwa sedih dan pilu. 
Ini adalah peralatan utama yang digunakan oleh tahanan dan buruh paksa untuk memotong atau mencukil dinding batu yang keras untuk membina landasan. Bayangkan hanya dengan alat ini dinding bukit dibelah untuk mengeluarkan batu-batu keras. Haish... memang tak boleh bayangkan!
Antara kubur/nisan tahanan yang mati. Hanya ditanam di tepi laluan landasan saja.
Sebahagian tapak landasan asal yang dibina. Landasan ini dibina membelah bukit yang berbatu keras ini. 
Pengakhir laluan. Tangga di kanan terdapat lagi landasan yang dibina seperti separuh siap ataupun sudah runtuh dimakan usia dan tangga di sebelah kiri adalah laluan balik bertangga. Sebenarnya di bahagian belakang masih ada kawasan landasan, tapi ketika itu kawasan tu ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.
Landasan keretapi yang didapati apabila naik ke tangga sebelah kanan.

Turun dari tangga di sebelah kanan, melihat kawan-kawan yang sudah angkat kaki untuk berpatah balik, saya ambil keputusan untuk pilih laluan bertangga untuk kembali ke depan. Saya dan Izza sama-sama mendaki tangga yang dikelilingi pokok buluh di sekitarnya manakala Zilla, Anne dan Meda memilih untuk menggunakan laluan yang sama sewaktu kami datang tadi. 

Tangga yang tinggi dan memenatkan! Berkali-kali kami berhenti mencari nafas. huhu.

Selepas semuanya kembali ke kawasan parking dan berkumpul, The Hellfire Pass Memorial kami tinggalkan dengan penuh kenangan. Menyusuri sejarah peperangan kadang-kadang buat diri saya tertanya-tanya apakah yang dicari mereka semua hingga tanpa belas membunuh sesama sendiri tanpa belas. Itu kisah dulu... tapi hari ini masih ramai saudara-saudara seislam kita yang tertindas tanpa pembelaan....

5 comments:

  1. nani...arwah atuk akak dulu pun pernah jadi buruh paksaan membila landasan keretapi maut orang panggil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke sis? mesti banyak cerita dari arwah atuk k.intan tu kan? memang orang panggil landasan maut pun

      Delete
  2. Replies
    1. tengok tu memang suka. tapi tak boleh tengok lama2. ngeriiii...

      Delete
  3. Hurmmm "hellfire"....

    Hmmmm.... i will skip dis place.nnt x blh tdo. Huhuhu... kus semangat...

    ReplyDelete