Siapa sangka di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur masih ada kawasan hutan yang dipulihara dan dipelihara serta dibangunkan menjadi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - FRIM. Dah beberapa kali ke sini, tapi ini kali pertama dapat peluang untuk naik canopy walk a.k.a titian kanopi di dalam FRIM ini. Mungkin masih ramai yang tak tahu sebab kalau sebut canopy walk, yang terlintas difikiran mereka ialah pergi ke Poring Hot Spring di Kundasang ataupun di Taman Negara. Sekarang tak payah nak pergi jauh-jauh dah, kat Kepong pun ada canopy walk dan titiannyapun tak kurang hebat berbanding yang lain.
Sedikit pengenalan FRIM - 80 tahun yang lalu kawasan ini terdiri daripada lombong tinggal, kebun sayur dan belukar. Bermula tahun 1926, renjer hutan dan saintis telah memulih semula kawasan ini sehingga menjadi persekitaran hutan yang indah. Kebanyakan hutan-hutan dan pokok di sekitar kawasan ini telah dikaji secara menyeluruh seperti Taman Sains Rimba FRIM. Hari ini, FRIM terkenal sebagai salah sebuah pusat rujukan yag terkemuka dalam penyelidikan perhutanan. [rujukan : pamplet FRIM]
Kawasan sekitar FRIM telah dibahagikan mengikut zon : A-H dan antara zon-zon yang menjadi tarikan pengunjung ialah :
- Zon B : Paya burung (wetland)
- Zon C : Taman Etno-botani
- Zon D : Denai Keruing & Denai Salleh
- Zon G : Titian Kanopi/ kawasan perkelahan (air terjun) / rumah tradisional (Rumah Terengganu)
- Zon H : Abboretum Dipterokap
Tujuan utama kami ke FRIM kali ini ialah nak trekking hutan FRIM dan naik canopy walkway.
Info :
1. Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5.00/kereta - caj dikenakan ikut kereta dan bilangan ahli dalam kereta. Contohnya kami ber'4 naik sebuah kereta dikenakan caj masuk sebanyak RM8.00/entry.
2. Untuk menaiki titian kanopi MESTI beli tiket masuk di kaunter Pusat Pekhidmatan Setempat (di zon D) yang berharga RM5.00/ person - nanti pegawai yang bertugas akan beri penerangan mengenai route yang akan dilalui.
3. Jangan lupa bawa minuman dan makanan secukupnya.
Jom ikut kami ke titian kanopi!
1'st trekking - melalui jalan rata dikelilingi hutan, memang nyaman suasana di sini! |
Selepas 30 minit berjalan akhirnya jumpa simpang untuk menuju ke canopy walkway |
Inilah trekking yang kami kena tempuh. Pic (1) - mendaki, pic (2)- pandangan dari atas.
Titian 1 |
Titian 2 |
Titian 3 |
Pemandangan Kuala Lumpur dari titian |
Titian 4 |
Titian 5 - yang terakhir! |
Buah hutan yang menarik pandangan mata saya. |
Canopy walkway dari jauh |
Pasangan pelancong UK yang bersama-sama kami naik titian. |
Selepas turun daripada titian kanopi, kami berjalan turun ke bawah melalui denai berhutan. Tempoh untuk turun lebih singkat berbanding masa panjat bukit tadi, lebih kurang 20 minit dah sampai ke bawah. Sampai di bawah, jalan ada 2 simpang, kalau ambil ke kiri kita akan tembus ke jalan semasa mula-mula trekking tadi. Manakala jalan ke kanan menuju ke tapak perkhemahan dan kawasan air terjun.
Kami ambil keputusan untuk turun ke kawasan air terjun dan trekking ke bawah. Perut sudah lapar, jadi kami singgah dulu di sekitar air terjun di sini.
Air terjun Sungai Kroh - kami singgah di pertengahan jalan untuk turun ke bawah. Bagi peluang orang lain turun dulu sementara itu kami buka bekal dan makan dulu! |
Bismillah... jom makan dulu. Err.. walaupun trekking berpuluh-puluh meter tapi bila tengok makanan memang confirm tak turun berat badan kan? Hahaha |
US! |
Lama jugak kami melepak dekat kawasan air terjun. Bila duduk dalam hutan ta sedar dah dekat pukul 12.00 rupanya. Lepas dah kenyang, kami beransur-ansur turun - trekking mengikut aliran air terjun turun dan akhirnya selepas 20 minit kami selamat sampai ke bawah. Kawasan di bawah sememangnya tapi perkelahan siap dengan kemudahan tandas dan gerai makan. Memang sesuai menjadi tempat beriadah dengan keluarga.
Disebabkan kami park kereta di zon D dan kami turun dari titian kanopi melalui zon G, jadinya terpaksalah kami menapak lebih kurang 30 minit lagi untuk ke kereta.
Ha'a...betul tu, JM pernah naik canopy walk di kundasang. Aktiviti mcm ni best kalau ada member bujang dalam 2-3 orang..pastu jln2 daki bukit sikit...makna2 kat tepi air terjun tu mmg best.
ReplyDeleteTak tahu pulak kat sini ada Canopy Walk..jap agi nak google lah..nak cari lokasi dan cara nk ke sana heee
Last pic..JM suka tgk jari tangan yang pakai jam tu...cam kenal je...nampak manis je tapi lebih manis dari blogger Jari Manis ahahaha.
apa lagi JM, lepas ni boleh terjah ke FRIM. tak jauh manapun dari KL. lalu MRR2 je.
Deleteerk!! perasan aje JM ni. hahaha. tp kan, mana boleh lawan Jari Manis... hehe
Bestnya..tak tahu kat FRIM tu pun ada canopy walk nie..pasni boleh datang!
ReplyDeletethanks for sharing :)
JM jom kiter pegi
jangan tak pergi MS, memang best dan santai :)
Deletebestnya kalau boleh sambut birthday kat air terjun tu hahahaha
ReplyDeletejom kita! bila lagi kan??? hihi
DeleteBestnyeeee!! Ade pacat x? ��
ReplyDeleteMenarik bc entry blog ni... Ada kmudahan surau x kat kwsan air terjun tu?
ReplyDeleteada semua kemudahan kt sana ZS. kafe pon ada.. best
Delete15/10/16 saya pergi tp tket habis. Di khbarkan sekrang ni phak frim hnya benarkan 60 org per day utk ke canopy walk tuh... kita pnya semangat pegi.. tp okay gak, sya sewa basikal dan pusing 1 frim kecuali taman botani
ReplyDeleteAkak sewa basikal dekat dalam FRIM tu jugak ke? Pastu penginapan kat situ macam mana ya?
Delete