Followers

Saturday, January 25, 2014

Land of Smiles Trip (8) : Sangkhlaburi yang nyaman

Jauh saya ditinggalkan oleh mereka semua.
Pemandangan di sekitar perkampungan di Sangklaburi
Petang itu selepas solat kami semua dah sepakat untuk ke Mon Bridge yang hanya terletak lebih kurang 400 meter (kalau berjalan kaki) dari Coffee Berry. Jadi, masa petang yang ada rugi kalau hanya dihabiskan di dalam bilik saja. 

Lebih kurang pukul 6 petang selepas bersiap ala kadar, kami berjalan dari guesthouse. Suhu semakin sejuk dan dingin. Mataharipun dah jatuh, tapi masih cerah. Berjalan menyusuri sekitar kawasan perumahan di sini tak jauh bezanya dengan suasana di Malaya. Sangat aman dan damai. 

Mon Bridge yang akan kami lawati merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan di Sangklaburi. Ia merupakan jambatan kayu kedua terpanjang di dunia iaitu lebih kurang 1,500 kaki panjang. Ia dibina untuk menghubungkan antara pekan Sangkhlaburi dan perkampungan Mon. Tapi sayangnya jambatan ini runtuh pada Julai 2013 yang lalu selepas ribut melanda tempat tersebut. Tak dapat nak feeling-feeling seberang jambatan kayu. huhu.

Tapi atas inisiatif penduduk kampung, sehari selepas ribut pulih mereka bergotong-royong membina jambatan buluh sementara jambatan kayu diperbaiki. Seramai lebih kurang 500 penduduk kampung bergotong-royong membina jambatan buluh menyeberangi sungai seluas 450 meter dan kerja-kerja pembinaan mengambil masa lebih kurang 6 hari untuk siap. Sekarang jambatan buluh itulah yang digunakan untuk menghubungkan pekan Sangkhlaburi dengan kampung Mon.

Jom layan gambar.

Suasana sekitar Mon Bridge di remang senja - walaupun dah lewat petang, jambatan ini tak putus-putus dikunjungi pelawat, termasuklah kami!
Jambatan buluh yang dibina sementara jambatan kayu dibaikpulih. Walaupun ia merupakan jambatan sementara, binaannya sangat kukuh dan cantik.
Matahai dah jatuh dan semakin hilang dari bumi Sangkhlaburi 
Senja di Mon Bridge
Pemandangan dari jambatan buluh - nampak binaan Mon Bridge yang runtuh.

Sangkhlaburi walking street - pasar malam ini hanya dibuka
pada hari minggu sahaja.
Keadaan dah semakin gelap, jadi kami semua berjalan balik ke guesthouse. Tapi lalu je depan guesthouse, dan berjalan lagi menuju ke pekan Sangkhlaburi. Jaraknya lebih kurang 500 meter jugak nak sampai betul-betul di pekan. Walaupun malam, berjalan di sini aman dan selamat. Lampu di kiri dan kanan jalan menjadi peneman kami ber'4. Cumanya kadang-kadang cuak sikit bila bertembung dengan anjing. Nasib baik anjing kat sini baik. Kalau tak mahunya kami semua cabut lari!

Tempat yang kami nak tuju ialah Sangkhlaburi walking street. Ia seperti pasar malam. Macam-macam dijual di sini - makanan, pakaian, barang kraftangan dan siap ada petunjukan lagi. Agak meriah suasana di sini. Seronok juga dapat tengok suasana penduduk sekitar dengan lebih dekat.

Sekitar pasar malam - makanan di sini sangat menarik di mata kami, tapi tak berani nak beli sebab tak yakin halalnya. Ada beberapa gerai menjual makanan halal yang kami jumpa di sini. Kebanyakannya menjual makanan cucuk dan bergoreng. Jadilah buat alas perut untuk makan malam ni.
Siap ada live band dan petunjukan tarian tempatan. 

Kami berjalan tanpa arah tuju. Sambil makan makanan goreng-goreng kami bertanya pada penjual muslim kalau ada kedai makan halal di sekitar pekan ini. Ada rupanya! Jadi, selepas bertanya arah kedai itu, kami keluar dari kawasan pasar malam untuk mencari kedai makan Sala. Puas pusing, sampai lenguh kaki, bayang kedai makan Sala pun kami tak jumpa. Akhirnya, kami hanya mampu singgah di 7 eleven saja. Dah putus asa, kami decide untuk balik ke guesthouse saja. Lagipun cuaca dah semakin sejuk!

Sampai di guesthouse, asalnya nak masuk bilik terus, tapi sempat lagi kami semua panjat rooftop dan berborak ria. Elok pulak tengah sejuk-sejuk ni lepak kat atas bumbung. Saja cari nahas kan? Lepas tu masing-masing masuk bilik, bersih diri, solat dan siap-siap untuk tido. Izza sempat lagi makan nasi asam pedas segera. Lapor katanya...

Hari yang panjang dan perjalanan yang panjang. Alhamdulillah kami sampai di Sangkhlaburi dengan selamat. Harap-harap kawan-kawan kami yang meneruskan perjalanan balik ke Bangkok pun begitu juga...

~ bersambung hari baru di Sangkhlaburi 

2 comments: