Followers

Wednesday, May 21, 2014

BIOMOSTI Tresure Hunt 2014


Kali pertama Kementerian anjurkan treasure hunt. Dan kali pertama jugak saya joint treasure hunt dan aktiviti kelab di Kementerian. Bukan tak nak joint, tapi aktiviti-aktiviti sebelum ini tak sesuai dengan jiwa - pertandingan karaoke dan bowling. Memang tak la kan? Suara pun sendu macamana nak nyanyi depan orang? Bowling pulak memang saya tak pandai main dan tak minat nak main. Lainlah ajak lawan 'ketuk dinding' boleh jugak masuk walaupun tak berapa nak pandai. hiks.

Program ini berlangsung Sabtu lepas, bermula di Kementerian dan tempat-tempat sekitar Putrajaya. Setiap kumpulan mesti ada 4 orang ahli dan jumlah kumpulan yang turut serta sebanyak 17 kumpulan. Antara task yang kami kena lenkapkan sebelum jam 12.00 tengahari bermula di bangunan Kementerian. Disebabkan Kementerian ada 2 bangunan, tempat bagi setiap kumpulan ditentukan oleh undian yang dipilih oleh ketua kumpulan. Mula-mula kena siapkan task berkumpulan iaitu siapkan jigsaw puzzle - masa ni memang group kami yang terhebat sebab jadi kumpulan pertama yang siapkan task dan jadi kumpulan pertama yang keluar dari Kementerian ke lokasi-lokasi lain.

Selepas itu kami kena siapkan task di 8 lokasi sekitar Putrajaya seperti Taman Pertanian Warisan, Laman Futsal 1Malaysia, Presint Diplomatik, Taman Air Wetland, Taman Wetland, Presint 9, Taman Botani dan Putrajaya Sentral. Setiap kumpulan boleh memilih untuk ke mana-mana lokasi mengikut pilihan dan kesesuaian kumpulan masing-masing. Setiap lokasi akan diberikan 5 soalan untuk dijawab dan ada juga lokasi yang memerlukan kami untuk lakukan aktiviti berkumpulan.

Task di Taman Pertanian Warisan, saya kira mudah sebab hanya cari spesis pokok base on gambar yang disediakan oleh urusetia. Tapi dalam-dalam senang, ada jugak yang bertukar antara pokok cermai dan bokok belimbing. Haha. Nasib baik bukan kumpulan kami! Tapi task di Presint Diplomatik dan Taman Air Wetland saya kira agak mencabar. Soalan pulak mostly indirect - semacam pantun dan teka-teki. 

Contohnya, soalan di Presint Diplomatik, task ini adalah untuk mencari nama-nama kedai/ restoran/ klinik, tapi ada satu part yang kelakar kami tersalah faham soalannya. Dan setiap soalan pulak berkaitan antara satu sama lain. Contoh soalannya macam ni..

Panggilan isteri yang sedang menunggu suaminya di dalam kereta - kami pergi cari isteri yang duduk dalam kereta dan tanya apa panggilan isteri pada suami. Bila kenang balik memang lawak habis! Nak tahu apa jawapannya? - Be Farmasi

Mesranya mereka bagai aur dengan tebing. Sila abadikan kenangan anda di sini. - kami bantai ambil gambar pasangan suami isteri kat depan klinik sebab soalan sebelum tu berkaitan klinik dan tulis dekat ruang jawapan jawapan di dalam h/p samsung S3 which mean urusetia tergelak besar bila baca jawapan kami tu dan sebenarnya jawapan ialah Aur Photography. 

Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan lain dan jawapan yang kami bagi kalau difikir balik secara logiknya memang tersasar dari landasan! Haha. Ada satu part untuk aktiviti berkumpulan di Laman Futsal 1Malaysia, selepas sepak bola, setiap ahli kumpulan kena ambil bintang markah dalam kotak yang dipanggil mystery box. Elok saja masing-masing selok kotak tanpa tahu dalam kotak tu ada katak dan cengkerik! Peww... Saya ingat soalan saya masa selok kotak apa benda yang lembik-lembik ni? - urusetia jawab kertas basah! Kalaulah saya tahu yang lembik itu adalah katak, haish... tak boleh nak bayangkan macamana!!!

Overall pada saya dan semua ahli kumpulan kami yang 1'st time sertai treasure hunt ni, kira fun lah. Part lengkapkan task dan berkejar-kejar tu memang kelakar. Tapi penatnya ya ampun!!! Sakit kaki tak payah cakap sebab asyik lari je. Walaupun tak menang hadiah, yang penting masing-masing enjoy!

Esoknya merasalah panjat tangga Menara KL dengan kaki yang sakit...

6 comments:

  1. seronok dapat team...yg baguz...hehehe..looking forward another treasure hunt event..

    ReplyDelete
    Replies
    1. two more event are waiting for us! hihi

      Delete
  2. hahaha..... lawaknya nya lah jawapan korang.... eewwww.... katak dalam kotak tuu? sumpah kalau tau memang geli.... dah lah memang takut dengan kata.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq eem, itulah, jawapan direct! haha. takde kiasan langsung. Katak tu memang surprise lah. Kami tahupun lepas dah habis even ni.

      Delete