Kata seorang teman, usah sesali sesuatu perkara lepas yang penah terjadi dalam hidup kita. Usah tangisi kesilapan atau perkara yang menyedihkan yang berlaku pada kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Dan segala yang berlaku telah disusun sebaiknya oleh-Nya.
Kadang-kadang, bila ditimpa musibah pasti saya akan mengeluh. Menyesal dan bersedih. Mulalah berfikir yang bukan-bukan dan menyesal.
"kenapa begini?"
"Kenapa kesudahannya harus begini?"
"Kenapa aku?"
"Kalaulah aku tak jumpa dia, mesti aku tak kecewa..."
owh... itu lumrah manusia. Sudah terkena baru menyesal. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi bukankah itu sudah tersurat dan ditakdirkan oleh-Nya? Dan sebagai umat-Nya kita haruslah sentiasa redha dengan dugaan yang telah diuji kepada kita.
Bila berbicara dengan teman tentang kisah-kisah lama yang menyedihkan, pastinya akan terbit rasa sesal. Kata teman lagi,
"Jangan begitu, kalau kamu bersamanya pasti tak akan ada pertemuan dengan dia. Sepatutnya kamu berterima kasih dengannya kerana di sebalik perpisahan berlaku pula satu pertemuan yang lain. Mungkin juga lebih manis! Itukan satu hikmah juga...."
Ada betulnya kata-kata teman itu. Sepatutnya saya bersyukur kerana di sebalik perpisahan dulu berlaku satu pertemuan baru. Walaupun masih kabur jalannya, tapi ia tetap satu pertemuan yang manis. Jadi, jika diuji dengan kesedihan, bersabarlah.... kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu pasti!!!
"KADANG-KADANG KITA MENYESAL DENGAN TAKDIR YANG TELAH TERSURAT PADA KITA.... TAPI HAKIKATNYA ITULAH SURATAN YANG TERBAIK UNTUK KITA"













Tengahari, masing2 dah lapar. So kali ni kami nak makan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Tempat ni terletak tgh2 Bandar Hilir. Kalau dah ada kat depan Menara Tamingsari, lintas jalan, cari je jalan P.M.3, mesti jumpa restoran asam pedas tu kat situ. Kelakarnya kami, kekonon nak rujuk peta, ye2 hafal jalan itu dan ini, pusing2 Bandar Hilir dengan kereta beberapa kali last2 restorannya hanya depan tempat kami parking kereta td je!! Adeh!! kelakar betul! Tapi dengan bangganya, lokasi itu berjaya kami jejak w/lpun beberapa kali tawaf Bandar Hilir! hahaha... Restoran ini antara lokasi makan
Erm.. asam pedas kat sini sangat sedap! Itu komen Cik Nilly. Ikan bakar juga fresh. Kami makan asam pedas tenggiri, daging salai masak lemak dengan pucuk ubi, ikan cencaru bakar, kerabu mangga, sambal belacan dan ulaman. Harga utk 4 orang = RM35.00 sahaja! Sangat murah bukan?? Lagi mahal makan McD! huhuhu... sesal dahulu pendapatan.... * sila sambung sendiri
Lepas tu ke Kuala Pilah. Nak melawat muzium di Raja Seri Menanti. Jauh jugak. Tapi alang2 hari masih muda, kami jalan2 lah dulu.