Followers

Wednesday, May 30, 2012

Discovery Miri : Day 1 - Lambir National Park

Buku AJAIB kami! 
Martee laaa... cik bunga dah habis cerita, saya baru terhegeh-hegeh nak tulis cerita 'basi' pasal Miri ni. Tapi... nak jugak cerita sebab trip kali ni memang sempoi giler dan banyak sangat kenangan yang tak terduga kami lalui yang bila diingat kembali boleh tergelak sorang-sorang.

Trip ni rentetan dari frust bila plan asal kitaorang nak jejak Great wall tak tercapai sebab lama sangat tunggu geng GBS yang lain bagi feedback untuk beli tiket murah yang akhirnya tiket murahpun habis dirembat oleh orang lain. Seriyes saya sangat frust masa tu... 

Jadi untuk mengubati frust kami, saya bagi idea ke Miri kat Cik bunga dan tak sangka idea saya tu disambut baik oleh beliau. Maka 'terbeli'lah tiket ke Miri. Memandangkan tiket hanya RM15.50, kami pikir kalau tak jadipun tak apa! Baget orang kaya kan?? Tapi... alang-alang dah beli tiket, kami kena pastikan trip ni BEST walaupun hanya ke Miri...
__________________________________________________________________________________

11 Mei 2012 - Jumaat, bergerak ke LLCT seawal pagi sebab kami naik flight 1'st 7.20am ke Miri dan dijangka sampai pukul 9.35am. Kali ni sempoi je, sempat lagi beli breakfast, lenggang kangkong bawak beg, tunjuk boarding pass kat petugas AA, tunggu panggilan flight dan terus terbang. Tapi dalam sempoi-sempoi tu sempat lagi buat aksi melencong nak naik flight lain. Merasa cik bunga menjerit panggil kami berdua. hahaha!

Sampai airport, terus ke kaunter kereta sewa HERTZ untuk ambil kereta. Thanks to a.mie yang suggestkan  kereta sewa ni. Ini antara rate kereta sewa termurah yang saya dapat selepas disurvey-survey. Kali ni kami pilih untuk gunakan kereta sewa sebagai kenderaan kami sepanjang di Miri memandang jarak antara satu tempat ke tempat yang lain agak jauh, rasanya menggunakan kereta sewa adalah alternatif terbaik. Sewa sehari hanya RM115 plus sedikit charge cost, sewa 4 hari = RM487 untuk kami ber'4 kira oklah.

Lepas ambil kereta dari Hafiezal, masing-masing buka buku, check itinerary nak ke mana lepas ni. Memandangkan masa masing panjang, perutpun masih kenyang... ON gps, terus set ke Lambir National Park. Dari airport, jarak lebih kurang 26 km je... tapi entah macamana entah gps ni bawak kami round bandar Miri dulu. Mula-mula bawak kereta tu saya dah pelik kenapa gps ni tunjuk arah ke bandar Miri, sedangkan seingat saya masa tengok google map macam mudah je >> dari airport keluar sampai ke simpang 4, terus belok kanan ke arah jalan Miri-Bintulu. Tapi gps ni sengaja bawak kami jalan-jalan dulu...

Hampir 30 minit drive, akhirnya kami sampai di Lambir National Park. Parking kereta dan kami terus ke kaunter informasi. Daftar nama dan beli tiket, RM10/person. Lepas penerangan ringkas dari pekerja, kamipun mula bergerak. Kebetulan ada sepasang suami isteri mat salleh bersama tourist guide ada berjalan skali dengan kami masa tu.

akhirnya sampai jugak!
out entry pass

Trek kat Lambir National Park agak landai, TAPI jangan tertipu! Ada 2 trak iaitu : 

1. Denai Utama > Latak Waterfall > patah balik melalui jalan yang sama - 20 minit.

2. Denai Utama> Latak Waterfall > panjat anak tangga > Bukit Pantu (ikut arah satu lagi kalau nak ke Pantu Waterfall > lalu trek bebukit-bukit > keluar ke Lambir HQ ikut tempat lain - 3 jam.

Trak yang landai dan santai
Layan gambar pokok-pokok dengan mana yang unik di sini!


Ini pulak gambar air terjun/mata air sepanjang kami melalui trek Lambir ni... Nyaman dan tenang je suasana kat sini!


Hampir 20 minit berjalan sambil menikmati pemandangan kat Lambir ni, kami jumpa signboard ni. Tengok perkataan waterfall je masing-masing dah teruja! Dari jauh dah kedengaran bunyi air. Apa lagi... laju je langkah kami semua!


Latak Waterfall

Sampai je kat Latak Waterfall... waaaa!!!!!!! Cantiknya tempat ni! Air jernih kehijauan dan pasir kat situ macam pasir pantai.

Kenapalah masa nak masuk sini tadi ta terfikir nak bawak baju entra aaaa??? Kebetulan hari ni hari Jumaat... sah-sah tak ada orang... Kalau kami semua mandi ala-ala puteri bunianpun confirm xde orang! Lama jugak kami duk main air kat sini sebelum teruskan perjalanan. Perutpun dah mula berkerongcong dah ni...

Tempat yang sangat cantik... 
cuma.... saya je yang tak pandai nak amik gambar cantik! *nanges
bukan senang nak merasa possing dalam camera sendiri ni! hehe

Kami patah balik ke trek yang sama dan berhenti di signboad tadi. Kalau kita panjat tangga kita akan terus ke Bukit Pantu dan Air Terjun Pantu. Pasangan mat salleh tak panjatpun tangga tu. Mereka patah balik ikut trek masa datang tadi. Mula-mula, masing-masing tak yakin... apa lagi kamipun lap ta li lap tamplong dan decide untuk panjat tangga. "alang-alang dah sampai kita panjat je!" Semangat bukan main! haha


Maka... mimpi ngeripun BERMULA!!! Jalan punya jalan tunggu sampai tak sampai jugak. Jalan lagi.... panjat bukit, turun bukit (trek Lampir ni lebih kurang macam trek di Bukit Puchong)... tapi tak sampai-sampai jugak. 1 jam berjalan... bunyi air terjun hilang entah ke mana. 2 jam berjalan... bekalan air kami dah hampir kekeringan. Saya dah terdiam 1000 bahasa, sekadar berjalan ikut gerak kaki. Saya ni pesen kalau dah cuak/takut mesti saya diam je...

Masuk jam ke 3, hujan renyai-renyai. Nasib kami tak kebasahan sebab kami dilindungi daun pokok yang tebal. Perasaan takut tu memang ada. Tapi kami tahu kami ditrek yang betul sebab mengikut arah pandu dalam  hutan, untuk ke HQ kami perlu ikut trek yang pokoknya bertanda pink. Hampir 2 jam setengah berjalan, baru kami dengar bunyi jalan raya. Tu tandanya kami semakin hampir. yeah!!! 

trek yang mencabar jiwa raga!

di tengah-tengah hutan tiba-tiba ada satu kawasan lapang... pokoknya semua mati.

Tepat 3 jam berjalan akhirnya sampai jugak!!! Aduhai... nak menangispun ada jugak! Masing-masing menjerit kesukaan! Sebenarnya kami tak planpun akan trekking sejauh ni. Dah la pakaian masing-masing sempoi je. Ada yang pakai selipar je panjat bukit! Korang mampu??? haha.

Sampai HQ, terus kami carik cafe, carik air! Haus giler. Nasib baik xde yang pengsan. haha. Lepas minum air, baru dengar suara masing-masing. Rest kejap, kami terus bergerak ke Bandar Miri untuk ke hostel kami. Semua urusan mudah dan kami dikira bernasib baik sebab saya dah siap booking untuk menginap di sini. Tak sangka hostel ini agak terkenal dan masa kami sampai tupun dah penuh. Kalau kami walk in confirm malam tu kami semua terpaksa tidur kat masjid. huhu.

Bayaran untuk min untuk dorm ialah RM20/person. Bilik kami, asalnya berharga RM20/person untuk  dorm 6 orang, tapi disebabkan seorang tak dapat datang, jadi untuk keselesaan semua orang, saya minta tukar ke dorm 4 orang dengan harga RM25/person. Tapi bila sampai sana, pemilik hostel tetap bagi kami bilik yang sama dengan harga hanya RM20/person. Dapat bilik besar dengan harga yang murah! Berbaloi kan? Hostel yang bagus dan selesa. Penginapan yang sesuai untuk backpacker. Kalau berminat boleh rujuk di SINI.

Kecik giler signboard hostel ni. Mula-mula cari tak jumpa....

Kami rest, mandi dan solat dulu sebelum keluar balik pada petangnya. Perut dah berkeroncong maaa...

~ bersambung

7 comments:

  1. Hihihi kesian korang amik jalan jauh nak pi lambir... sebenarnye, dari epot miri tu, korang kluar2 akan jumpe simpang empat kan...kat trafic lite tu amik kanan... then strettttttttttttttt je sampai la korang jumpe signboard lambir national park kat belah kiri... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. gambar pokok dh mcm dalam cerita magika...kekekkeke

    ReplyDelete
  3. azra : tu la pasal... sengaja je gps tu tunjuk jalan jauh. padahal sblm tu dah tau dah 'jalan pendek' macam direction awak tu. adehhh... tertipu tipah!!!

    ReplyDelete
  4. k.intan : hehehe... saya tengok pokok tu macam unik je.. lawo pada pandangan mata saya..

    err... magika pun saya x pernah tengok. HOW?????

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi info. Cantik sangat air terjun tu. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama :) terima kasih juga sudi berkunjung ke blog ini ^_^

      Delete
  6. Menarik2.. lain kali kalau datang miri singgah di Borneo Tropical RainForest Resort..lg best!!

    ReplyDelete