Followers

Thursday, May 10, 2012

Rindu Eropah Tawan Damascus

Dengan berbekal RM500, penulis, Munir Ramli memulakan perjalanan untuk mengejar impiannya untuk ke Eropah. Setelah mendapat restu kedua ibubapa, beliau memulakan pengembaraan solo dari kampungnya, Setiawan, Perak. 

Perjalanan bermula dari Ipoh menaiki keretapi menuju ke utara Semenanjung Malaysia hingga ke Hatyai dan langsung ke Thailand. Perancangan asal melalui jalan daray untuk ke Myanmar terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membuat 'Pusingan U' menuju ke Singapura. Di sinilah beliau mengambil keputusan bekerja sebagai buruh binaan untuk menambah tabungannya sebelum meneruskan perjalanan.

Ketika umat islam menyambut Ramadhan, beliau meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal laut menuju ke Madras. Di sinilah beliau menemui sahabat-sahabat yang budiman hingga membawanya terbang ke Syria dan akhirnya sampai ke Damascus.

Namun begitu, impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Eropah tidak pernah luntur. Dua kali percubaan untuk ke Eropah gagal. Tapi impian itu tetap tersemat jauh di sudut hatinya. Benar kata orang, kuasa Allahlah yang mengaturkan perjalanan hidup seseorang. Daripada seorang 'buta Al-Quran' akhirnya beliau berjaya menguasai bahasa syurga ini. 

Berpeluang mengikuti pengajian bahasa arab dan mencuba nasib sebagai chef  di hotel terkemuka di Damascus dan akhirnya berpeluang untuk ke kota suci Mekah. Di sana beliau sekali mendalami ilmu agama dan sama-sama mengerjakan fardhu haji bersama-sama bapanya.

Hati kecil saya tersentuh bila membaca catatan beliau ketika di Kota Mekah itu. Betapa besarnya kuasa Allah kepada hamba pilihan-Nya. Diberi peluang mengerjakan haji dalam usia muda. 

Buku ini mampu memberi inspirasi kepada semua terutamanya bagi sesiapa yang mahu mengambara secara solo. Tidak semua impian akan menjadi kenyataan, kadang-kadang apa yang diimpikan tidak tercapai tetapi diganti dengan sesuatu yang lebih manis!

PM : menanti sambungan R.E.T.D 2 ....

2 comments:

  1. PM, buku barukah ini?baca review macam menarik...

    ReplyDelete
  2. Zilla, buku baru beli.. di pesta buku 2012. hehehe.

    buku ni sudah 2 kali diulang cetak sejak keluar 2011.

    memang sangat menarik zilla... tapi saya rasa cerita penulis belum betul2 habis sbb cerita pengalaman beliau di Tanah Haram belum betul-betul habis.

    ReplyDelete