Followers

Wednesday, January 16, 2013

Gunung Kidul Part Vll : Gunung Api Purba

Hari keempat : 24/12/2012 : Isnin


Pagi tu seawal 4.00pg, puaslah alarm di hp menjerit-jerit minta kami bangun. Tapi liat benor nak bangun masing-masing. Bangun, cuci muka, gosok gigi, err.. saya x mandi (tak tau la orang lain mandi ke idak), dan solat subuh. Subuh di sini awal. Bersiap dan kami dihidangkan teh dan roti sebagai alas perut sebelum bergerak ke kaki gunung. Pagi itu, adik Pak Mur (saya lupa namanya) dan Mas Lilek yang akan membawa kami mendaki Gunung Api Purba. Dengan berbekal lampu picit kami mula mendaki. Track agak licin dan berbecak menyukarkan pendakian kami. Nak kata tough sangat track tu takdelah... tapi berpeluh jugak ketiak masing-masing nak sampai ke puncak.

Dari cerita Mas Lilek, kawasan Ekowisata Gunung Api Purba ini sangat luas, dan terdapat beberapa gunung/bukit di sekitarnya. Selain itu sepanjang mendaki hingga ke puncak, kita akan melalui pelbagai tempat-tempat yang mempunyai kisah/sejarah tersendiri seperti Sumber Comberan (sumber mata air yang mempunyai khasiat yang tersendiri), Song Gudel (gua kerbau), Lorong Sumpitan (antara laluan sempit yang akan dilalui untuk ke puncak) dan banyak lagi.

Jom layan gambar.

Kaki gunung : track pendakian bermula di sini. Kepada sesiapa yang ingin mendaki gunung ini, perlu mendaftar di pondok kawalan dan sedikit bayaran dikenakan. Jika mahu berkhemah, dewan terbuka dan tapak perkhemahan juga disediakan untuk kemudahan pelawat. Pic diambil selepas turun gunung, masa naik tak nampak apapun... bila turun baru tau betapa lawanya kawasan ini. Di kaki gunung dipenuhi pokok pain dan bunga matahari. Sangat cantik!
Pic 1 : antara tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Gunung Api Purba
Pic 2 : Track pendakian (permulaan)

Pic 1 : Jalur pendakian ; kena panjat batu guna tali yang disediakan
Pic 2 : Lorong Sumpitan ; seorang je boleh lalu lorong ni, so kena beratur ye nak lalu sebab lorong ini muat-muat seorang dewasa saja.

Tak silap saya hampir 1 jam juga kami mendaki barulah sampai ke kaki puncak. Untuk naik ke puncak kami perlu menaiki tangga kayu yang disediakan dan nah akhirnya sampai juga kami ke puncak! Perasaannya puas! Di sana sudah ada sekumpulan anak-anak muda (mungkin pelajar) yang telah lama bersedia menunggu matahari terbit. Tapi sayang sekali, cuaca hujan menyebabkan matahari malu-malu aje nak keluar. Tapi tetap kawasan di sekitar menyediakan pemandangan yang cantik!

Selepas sekian lama menunggu matahari terbit ini sahaja yang matahari yang nampak.
Kabus tebal di menutupi kawasan sekitar

Selepas cerah barulah kelihatan pemandangan sebenarnya... Kelihatan sawah padi bukit dan penempatan penduduk di sekitar kaki gunung

Aksi-aksi mereka di puncak gunung. 

Turun dari gunung, selepas melawat sekitar kaki gunung yang dipenuhi bunga matahari dan pokok pain, kami dibawa berjalan sekitar kampung. Dari pandangan mata kasar saya, penduduk di sini masih mengamalkan cara hidup tradisi secara aman dan damai. Kami boleh lihat rumah-rumah penduduk yang rata-rata beratap seperti bata. Kebanyakan ketika itu penduduk turun ke sawah. Jadi tak ramai penduduk tempatan yang kami jumpa. Di kiri kanan kelihatan sangat hijau dengan sawah padi yan terbentang luas. Selain itu ada juga terdapat tanaman kontang lain seperti jagung dan sayur-sayuran.

Jalan-jalan keliling kampung

Sawah padi di kaki gunung Api Purba. Itulah gunung yang kami panjat subuh tadi.
Puas jalan-jalan sekitar kampung, kami balik ke rumah Pak Mur (melalui jalan belakang). Rehat kejap, bersihkan diri, kemas beg dan sampailah masa untuk pulang. Sebelum pulang kami makan dulu. Ibu menghidangkan kami nasi beserta lauk-lauk kampung. Simple tapi sedap! Siap semuanya, kemas beg dalam kereta, dan bersiap untuk berangkat. Berat hati nak meninggalkan tempat ini. Dah jatuh hati dengan suasana kampung di sini. 

Selepas mengucapkan selamat tinggal pada Pak Mur sekeluarga kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya. Masih awal untuk terus pulang ke Jogja, ada beberapa tempat yang menarik di sekitar Gunung Kidul yang kami mahu lawati....

~ bersambung

8 comments:

  1. kalau aku pun sama jer macam ko PM, mesti payah sikit nak mandi pagi-pagi buta cam gini, lagipun pastu nak bermandi peluh panjat gunung, baik turun je baru mandi, hehe...view memang cantik, yang tak tahan, siap boleh buat aksi lompat-lompat lagi yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang tak mandipun. Sejuk sampai ke tulang!

      err... aksi-aksi lompat tu benda 'wajib' dengan GBS. Bila ajak diorg, sporting pulak dorang layan... hiks

      Delete
  2. betol2! aku sokong orga, kekekee!

    sekali lagi, sangatttt jelesssss!
    lalu2 kat lorong, tengok matahari terbit...

    dan tak menafikan view dari puncak, subhanAllah, sangat cantikk!
    event kena tutup dgn kabus pon stil nampak cantik samar2.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^

      memang layan pun cik marikh.
      tak sesia paksa diri bangun pagi, bila sampai di puncak memang WOW!

      Delete
  3. haha.. semuanya gosok gigi dan cuci muka ajelah nani.. tak ada yang sanggup nak mandi dalam sejuk2 cenggitu..
    rindunya... kampung yang nyaman dan tenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sejuk nak mandi anne...

      nampaknya kena repeat lagi datang kampung ni.. hehe

      Delete
    2. nak ikottt ke mana tu cik marikh??? ehehehe

      berangan nak g bromo ni.. nak ikut??? jom!!

      Delete