Hari baru di Jakarta. Train yang kami naiki berhenti di st. Pasar Senen hampir jam 4.00 pagi. Sampai di st, tempat pertama yang kami terjah ialah tandas. Mulanya ingat nak mandi, tapi tandas tu tak boleh mandilah pulak. Jadi, kami sekadar basuh muka, gosok gigi dan salin pakaian aje. (jadilah daripada pakai baju semalam kan) Lepas tu singgah di surau untuk solat subuh.
Keluar dari st, kami diserbu bapak-bapak yang menawarkan perkhidmatan ojek dan taxi. Kami tolak dengan baik. Er... serius, saya janggal dengan suasana sebegini. Kalau dikira rasanya inilah pengalaman pertama saya ala-ala backpacking di Indonesia. Kalau 5 tahun lepas datang ke Jakarta, semuanya dijemput pak supir dari airport > hingga balik semuanya tersedia. Kali ini memang berbeza. Aduh... ribut kejap!
Map KRL saya buka perlahan-lahan. Lama saya tenung peta itu. Tapi tetap tak faham. Haha. Lastly kami pergi ke satu sudut, (sebenarnya nak larikan diri daripada bapak-bapak ojek). Ambil map, tarik nafas, dan bertanya sepasang suami isteri yang berada di situ. Mulanya saya tanya, bagaimana hendak ke Fatahillah @ Kota Tua melalui KRL. Tak boleh ok! Option lain? Naik bas. Tapi stesen bas sangat jauh! Solusi terakhir ialah ojek. Hahaha... Nak lari dari bapak ojek konon... Itu saja pengangkutan yang paling cepat dan murah. Selamat? err... Sebenarnya sangat takut membonceng motosikal dengan orang yang tidak dikenali. Di negara asing pulak tu! Aduh....
"Ngak usar takut, ojeknya cuma Rp25k saja. Murah aja mbak..."
err... bukan masalah mahal atau murah... saya pandang Izza, Izza pandang saya, masing-masing angkat bahu. Bersungguh-sungguh bapak ojek menyakinkan kami. Apa lagi pilihan yang kami ada kan? Akhirnya kami bersetuju mengambil ojek untuk ke Kota Tua. Sementara menunggu bapak ojek mengambil motorsikal, dan Izza pula membeli air sempat saya berbual-bual dengan pasangan tadi.
"Berani mbak jalan di sini berdua aja, emangnya dari mana ya perjalanannya?"
"Train saya dari Jogja, langsung ke Jakarta, mahu pulang ke Malaysia"
"kuliah di Jogja ya?"
"Enggak pak, libur aja"
Bapak dan ibu tu ingatkan kami pelajar dari Malaysia yang belajar di Jogja, awet muda kot kami ni! ehem!
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan tadi, kami terus menaiki ojek, langsung ke Kota Tua. Sebelum itu berkali-kali pasangan tadi menitipkan pesan kepada kami berdua "hati-hati ya mbak" sungguh saya terharu dengan keprihatinan pasangan itu.
Perjalanan dar St. Pasar Senen ke Kota Tua mengambil masa hampir setengah jam. Perjalanan yang santai sambil kami menikmati pemandangan sekitar bandar Jakarta di waktu pagi. Kami sampai seawal pagi, pagi benar! Mujur sudah ada orang di situ. Tapi majoriti penduduk tempatan yang datang beriadah saja. Kami saja 'orang asing' di situ. Cuba bayangkan 2 perempuan dengan beg sandang yang besar berkeliaran di sekitar Kota Tua. Pelik tak? Haha. Kami amik peluang untuk berlegar-legar di sekitar Kota Tua. Sedikit sejarah tentang Kota Tua di sini dan sini. Kalau peminat sejarah, mesti seronok datang ke sini, tapi kami berdua ni bukan peminat sejarah, jadi layan ajelah. Jom layan gambar yang tak seberapa.

Pic 1 & 2 : Bangunan tinggalan, sayang tidak dipelihara dengan sebaiknya.
Tingkap di salah sebuah bangunan kosong di sekitar Kota Tua. Misteri aje bila dipandang... |
Basikal untuk disewa jika berminat untuk bersiar-siar kawasan pelabuhan
Sedang saya leka mengambil gambar, tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki. Bermotosikal. Ketika itu saya hanya sendirian, Izza berada di bahagian depan, manakala saya di bahagian belakang bangunan. Terkejut saya. Lelaki bermotosikal yang datang itu adalah lelaki pasangan yang saya temui di stesen train tadi. Katanya isterinya minta dia cari kami di sini untuk memastikan bapak ojek betul-betul menghantar kami ke sini. "temannya di mana? syukurlah mbak sudah sampai di sini. Hati-hati ya mbak, usah berlama-lama di sini kalau tiada orang". Aduhai... terharunya saya. Bapak tadi datang mencari kami di Kota Tua semata-mata untuk memastikan kami berdua selamat sampai di situ. Selepas berpesan itu dan ini, dia berlalu. Cepat-cepat saya cari Izza selepas bercakap dengan bapak tadi.
Puas berlegar-legar di sekitar Kota Tua, kami ambil keputusan untuk ke st. Jakartakota. Bukan kami tak mahu berlama-lama, tapi rasanya badan kami terlalu penat kot nak berjalan-jalan lagi. Niat hati hendak tinggalkan beg di st Jakartakota, tapi selepas beberapa kali bertanya kepada petugas, kami baru tahu stesen ini tidak menyediakan kemudahan menyimpan bagasi. Nak ke st. Gambir, route KRL dari st Jakartakota tidak melalui st. Gambir. Cara mudah ke st. Gambir ialah menaiki bus Transjakarta.
Keluar dari st. Jakartakota, Izza memberi cadangan untuk ke Mangga 2. Saya ikutkan aje. Signboard menunjukkan Mangga 2 terletak 500m dari st. train. Kami tertipu ok! Berjalan kaki dengan beban yang berat di belakang memang menyeksakan! Haha. Lastly kami tahan van dengan tambang Rp2k/person untuk ke Mangga 2. Sampai di Mangga 2, kedai masih tutup, awal lagi. Menapak lagi kami. Serba tak kena pagi ni. Haha. Malas nak menunggu lama, kami ambil van ke st. bas transjakarta. Saje je, bersiar-siar buang masa dan duit kan?
Dari st. Kota (line 1) kami transit di st. Harmoni menuju ke st. Gambir 1 (line 2). Kelakarnya, sampai di st. Gambir, semasa nak turun, disebabkan keadaan dalam terlalu sesak saya terpisah dengan Izza. Kelakar betul. Konduktor bus suruh saya berhenti di st. Gambir 2, jadinya bersiar-siarlah saya di dalam busway. Kesian Izza... mesti dia risau tunggu saya tak sampai-sampai. Sampai di st. Gambir 2, menapak pulak saya ke Gambir 1. Aduhai.. jalan lagi. St. Gambir bersebelahan Monas, jadi kami singgah dulu, ambil gambar. Izza sempat beli t-shirt. Tercapai jugak niat dia nak membeli t-shirt.
* Busway/ transjakarta antara perkhidmatan awam paling mudah, murah dan selamat berbanding KRL atau pengangkutan lain untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar bandar Jakarta. Peta busway.
Di st. Gambir, kami ambil dambri bus untuk ke airport. Perjalanan mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai ke airport. Sampai di airport sekali lagi kali confius. Mana satu terminal 1, mana satu terminal 2. Haha... hari ni banyak sangat yang kami confius. Malas nak nak fikir panjang, kami cari toilet dulu, bersihkan diri dan salin baju. Lepas tu cari makan. Mana tau bila dah kenyang, waras sikit berfikir kan? hehe. Masa masih panjang, sempat lagi kami bersantai-santai. Akhirnya kami ambil keputusan untuk masuk awal. Mujur saya ringankan mulut bertanya dulu, dan nah! Memang betul 'kata hati' saya dan Izza. Kami tersalah terminal! Sebenarnya ketika mula-mula sampai di airport saya sudah 'rasa' lain macam aje terminal ni. Rupanya Izzapun rasa apa yang saya rasa. Tapi kami menidakkan apa yang kami rasa. Haha. Aduhai.... Hari ni dah beberapa kali tersilap daa... Kami keluar terminal, ambil bas airport untuk ke terminal 2. Adeh... ketawa besar masing-masing.
Sampai di terminal 2, kami selamat check-in di kaunter Tiger Airways dan selamat masuk untuk pulang ke Malaysia dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan.
* Terima kasih pada Zilla, Anne dan Izza sudi jadi travel-mate saya. Jangan serik ajak saya lagi eh! Seronok bertemu 'kawan baru' yang berkongsi minat yang sama.
train dr jakartakota tak lalu gambir??err sgt pelik tu PM..kalau dari pasarsenan mau ke jakartakota, kena tukar train di satu station ne (sorry lupa apa namanya..kena tgk map dulu hehehe)
ReplyDelete*takan penah serik..Insyallah,ada plan best bgth aje..kalau free bolehlah kita travel sesama lagi ;)
hehehe... kami bawak map train. siap tunjuk map yang ada stesen transit kalau nak ke jakartakota. kata petugas train di situ, route dah bertukar 2 bulan lepas. Ada sesetengah stesen dah ditutup. entah laa. kami tanya kat beberapa orang (di st. pasarsenen dan jakartakota) semuanya bagi info yang sama.
DeleteTapi saya suka la perkhidmatan busway. sangat sistematik. hehe
* kalau rezeki kita travel sama lagi... tunggu, bulan 11 ni. hoho! berkobar-kobar semangat ni!
owhh yeke? pelik betul walhal gambir tu kira station penting jugalah..busway mmg syok sebab ada laluan khas, kan?hehehe
Delete*amin..mudah2an adalah rezeki..paling penting training utk maintain stamina hehehe
zilla, st gambir ada. cuma route dr pasar senen & jakartakota yang tak lalu gambir.
Deletebusway tu memang terbaiklah zilla. saya terbayang kalau kat KL / putrajaya ada busway mesti syok kan? hehe
* amin... amin.... amin...
Bulan 11? ooo.. korang buat plan diam2 ye? hahaha...
ReplyDeletetakkan pernah ada perkataan serik.. btw, thanks for the new info pasal route train tu.
sejujurnya, time travel bila ada local yang berpesan suruh hati2..., dalam dada hati serasa mau pecah.. lebih baik dorang tak kata pape.. huhu
hehehe.... anne, panjang umur tunggu ajelah apa akan jd pada kitaorg bulan 11 ni. muhahaha
ReplyDeletekan? mana pernah serik. hehe
itulah, mujur diorg just pesan hati2 aje... memang cuak jugak bila acap kali sangat dpt pesanan berhati2 tu. Alhamdulillah, semuanya dah selamat... :)
kejadian terpisah tu memang menakutkan.. haha.. bukan apa tak tau nak tunggu PM kat mana.. tercongokla saya kt stasiun Gambir 1 sambil tunggu PM dan kejadian kat Terminal tu. Nasib baik tak terlepas f8...
ReplyDeleteBenarnya kita dh terlampau penat nak berfikir kot PM..