Followers

Saturday, June 01, 2013

TRIP SELEKEH (15) : Crossing boarder China - Vietnam by bus

Hari ke-6

* Ada juga beberapa orang yang tanya/email tentang cara terbaik nak melintasi sempadan China-Vietnam ni. Nanti saya sertakan beberapa tips since untuk trip kali ni plan asalnya nak naik train, tapi akhirnya bertukar kepada bus atas sebab-sebab tertentu. Sebabnya? Nanti saya cerita kemudian ye...

Ada 2 cara untuk ke Hanoi iaitu :

1. Nanning - Hanoi by train

Kaunter tiket : Kaunter 16 (walk-in)

* Keretapi ke Hanoi hanya ada sekali perjalanan sahaja sehari iaitu pada pukul 6.20 petang.

 Nanning  Hanoi

Soft & hard air-con sleepers, train T8701 / MR2
Daily
 Nanning 
depart
18:20  day 1
 Pingxiang (Chinese border point)
arrive
21:11  day 1
 Pingxiang
depart
22:41  day 1
 Dong Dang (Vietnamese border)
arrive
23:22  day 1
 Dong Dang
depart
00:22  day 2
 Hanoi (Gia Lam station)
arrive
04:45  day 2
Gia Lam station is 6km from Hanoi's main station, across the river. 

How much does it cost? One-way fares

Nanning - Hanoi   
Soft sleeper costs RMB 248 (£25 or $38)
Hard sleeper costs RMB 160 (£16 or $26)



2. Nanning - Hanoi by bus

Route : Nanning Langdong bus st - Ping Xiang (friendship gate/ immigration) - Hanoi
Tambang : RMB 150/sehala
Masa perjalanan : 7.30am / 8.00am / 8.20am / 8.40am / 9.40am / 13.40pm
Tempoh : 7-8 jam

* Perjalanan adalah pada waktu siang


Perjalanan keretapi Guilin - Nanning yang dijangkakan sampai di stesen Nanning pada pukul 4.++pagi akhirnya sampai juga lebih kurang pukul 7.++pagi. Syukur walaupun awalnya train delay, tapi sampai juga di tempat yang kami rancang kan?

Kami berjalan keluar dari stesen (ikut saja orang ramai yang nak keluar), dan lepas tu berlegar-legar di depan stesen. Niat hati nak cari bas mini untuk ke Stesen bus Langdong, tapi masing-masing blur - kami nak naik bas ke Hanoi. Jadi masing-masing cuba cari signboard yang mungkin dapat membantu walaupun hakikatnya semua tulisan adalah dalam bahasa cina dan ada juga yang cuba bertanya pada orang ramai. Tapi tak membantu sebab kebanyakan mereka tak tahu berbahasa Inggeris.

Oh ya, kenapa kami tak stay di Nanning dan pilih bus untuk ke Hanoi?

1. Kekangan masa - niat asal memang nak singgah semalaman di Nanning (nak ke Detian Waterfall la kononnya) tapi selepas dibanding-banding rasanya tak berbaloi kami nak tuju ke tempat yang sangat jauh (jarak sampai 1++km/sehala), akhirnya kami ambil keputusan untuk panjangkan masa di Yanghuo dan Hanoi saja.

2. Tempoh perjalanan Nanning-Hanoi menaiki keretapi lebih panjang (13-14jam) berbanding bas (7-8jam). Walaupun naik keretapi jimat masa siang (keretapi Nanning-Hanoi hanya sekali sehari pada pukul 6.++petang dan dijangkakan sampai ke Hanoi pada pukul 4.++pagi keesokan harinya), tapi kami risau keretapi akan delay dan kami akan sampai lambat di hostel untuk mengikuti trip ke Halong Bay keesokan harinya.

Mungkin ramai orang yang sukakan konsep 'aci redah' bila travel, tapi rasanya kami lebih suka buat perancangan awal terlebih dahulu (apa-apa perubahan tak terkawal bergantung pada situasi semasa). Sebabnya tempoh perjalanan kami singkat, dan kalau boleh dalam masa sesingkat yang ada kami nak pergi banyak tempat, jadi perancangan awal adalah cara terbaik untuk pastikan apa yang kami plan tercapai. Kecuali kalau ada peluang travel 1-3 bulan ke - tu mungkin bertukar konsep 'lite and easy' kot. haha.
Stesen Keretapi Nanning

Berlegar-legar di sekitar depan keretapi dan hilang arah tuju, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik. Dia pemandu teksi/kereta sapu. Dia tanya kami (bahasa ayam itik) dan saya bagitau kami mahu ke Langdong stesen bus, dia angguk-angguk lepas tu angkat jari 8 batang. Erk! 80yuan ke? rm40? Saya terkejut sebab dari pembacaan di forum, internet biasanya taxi untuk stesen bas Langdong biasanya 28-30yuan/sehala. Kalau ambil 2 buah taxi/kereta sekalipun baru 60yuan. Pakcik ni nak 'kencing' kitaorg la ni!

Lepas berlaku agenda paksa-memaksa dan tolak-menolak, saya cuba tanya tempat menunggu bas. Mujur pakcik tu baik hati jugak dan tunjuk mana tempat menunggu bas - tak jauhpun, tak sampai 20 langkah kalau berjalan. Tepi jalan je. Kami tunggu bas no. 6 dan stesen hentian terakhir ialah stesen bus Langdong. Tambang hanya 1yuan/person. 50sen je! Murah kan?

Tak lamapun menunggu bas no. 6 pun sampai. Jadi masukkan duit dalam kotak duit (sediakan duit kecil ye, sebab duit kalau dah masuk dalam kotak tu bakinya kira sedekah la ye) dan cari tempat duduk. Mulanya kami memang blur tak tau nak turun di mana, tapi nasib baik 'jiran' sebelah K.hana boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit dan kebetulan diapun nak ke stesen bus Langdong. Jadi senang cerita kami ikut saja dia nanti :)

Trip kali ni memang 'kaccing' dengan bas, pergi mana-mana dah jatuh hukum wajib, mesti naik bas.

* Untuk long-distance destination  seperti Guilin, Guangzhou etc semua menggunakan perkhidmatan bus di Stesen bus Langdong.

Lebih kurang 45 minit perjalanan, baspun sampai. Tapi disebabkan hari itu ada perta apa ntah dekat stesen bus, jalan jammed teruk menyebabkan bus tak boleh masuk ke dalam stesen. Jadi konduktor bus mintak kami semua turun, jalan kaki terus ke stesen bus. 

Langdong Bus Stesen

Sampai di stesen Langdong, ingatkan macam stesen bus biasa je, tapi boleh tahan besar stesen bus ni. Kami berjalan masuk ke dalam mengikut (err.. saya lupa nama mamat yang tolong kami tu) dan terus ke kaunter untuk membeli tiket. Kebetulan mamat tu pun nak beli tiket bas ke Guilin, dan kami pulak beratur di kaunter untuk membeli tiket ke Hanoi. Nasib menyebelahi kami sebab dapat jugak tiket bas untuk hari tu walaupun dapat trip bas terakhir iaitu pukul 1.40 petang. 

Betapa ramainya orang dalam stesen bus, sesak sampai nak berjalanpun payah.

Rupa tiket bas ke Hanoi : Harga 148yuan, tarikh 4.4.2013 (hari tu besday ayah saya), perjalanan bus 13.40pm - Hanoi, here we come!

Selesai beli tiket, baru pukul 9.++am, nampaknya panjang lagi masa kami nak 'melepak' di stesen bus ni.   Mamat yang tolong kami, bas dia pukul 10.30am, jadi sementara dia tunggu bas dia sampai kami melepak sama-sama. Mulanya kami turun di level bawah untuk ke KFC, sekali full house! Penuh sesak orang. Jadi terpaksalah kami melepak di mana-mana tempat yang kosong. Tepi tanggapun jadilah.. sebab itu saja tempat yang xde orang. Tempat lain semua penuh.

Choki-choki addicted : sampaikan mamat yang tolong kami ni pun 'terjebak' sama makan choki-choki. 

Pukul 10.30am bas mamat tu sampai, lepas dia ucapkan selamat tinggal dan kami ucapkan selamat jalan dengan ucapan terima kasih, kami turun ke mc d lagi. Lenguh kaki berdiri lama-lama tepi tangga. Masuk di dalam KFC, orang tak pernah surut, tapi kami masuk jugak. Cuba nasib menunggu mana-mana pelanggan yang siap makan. Rata-rata kami tengok pelanggan yang ke sini sekadar makan dan selebih mengisi masa dengan 'melepak' saja. Mungkin merekapun macam kami jugak - menghabiskan masa sementara menunggu bas mereka sampai.

Ini je yang kami mampu beli - itupun beli sebab takut kena halau, duduk dalam restoran orang tapi tak beli apa-apa.

Lama melepak, hampir pukul 12.30 tengahari baru kami gerak naik ke atas. Masuk dalam untuk ke ruang menunggu. Sekali ternampak bilik menunggu yang dikhaskan untuk penumpang yang hendak ke lokasi luar daripada China seperti Macau, HK etc. Eh, Hanoi kat Vietnam kan? Kira kitapun termasuk sekali la eh? Apa lagi masing-masing keluarkan tiket, tunjuk pada penjaga tiket, terus dia bagi kami masuk. Iskh.. kalaulah kami tahu kat dalam ni ada tempat menunggu macam ni, dah lama kami masuk. Rugi! Rugi!!

Terbaiklah ruang menunggu, siap ada wifi dan tv.
Tak lama mana menunggu, bas kamipun sampai.
Suasana dalam bas dan bekalan yang diberikan percuma kepada semua penumpang ; air kotak, sebiji epal dan roti. Bas wlpun simple siap dengan konduktor bus lagi, lengkap dengan uniform. Tapi driver sorang je. Eloknya perjalanan jauh macam ni, ada 2 driver barulah pemandu tak over tired kan?

View sepanjang perjalanan, lawa - kiri kanan hijau je mata memandang. 
TAPI... jalanpun boleh tahan jugak, macam ular kena palu. Pemandu bas bawak bas macam nak racing. Nasib baik kondisi bas elok, tak terasa mana bila pemandu laps bas. 

Perjalanan dari stesen bus Langdong ambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke friendship gate China/Vietnam. Sampai saja, kami turun bas, angkut beg dan naik shuttle bus untuk ke imigresen China, Naik shuttle lebih kurang 10 minit sampai la ke imigresen China. Bawak beg, scan beg, dan cop passport. Kejap ke siap. Maaf, tak ada gambar dalam bangunan sebab dilarang ambil gambar atas sebab keselamatan. 

Imigresen China

Pandangan belakang bangunan imigresen, dan laluan keluar untuk ke imigresen Vietnam pulak.

Settle urusan cop passport kami keluar dan berjalan keluar ikut belakang menuju ke imigresen Vietnam pulak. Kiranya sebelah pagar je dua-dua bangunan ni. Prosesnya sama jugak, tunjukkan passport, tunggu nama dipanggil dan kemudian boleh amik passport dan keluar. Bezanya bangunan imigresen Vietnam buruk je kalau nak banding dengan China. Jauh beza! Walaupun prosesnya simple, rasa-rasanya untuk selesaikan semua proses bus Nanning-naik shuttle bus-imigresen China-imigresen Vietnam-naik shuttle bus-bus Hanoi mengambil masa hampir 1 jam jugak untuk selesai.

Keluar dari imigresen Vietnam, sekali lagi kami kena naik shuttle bus menuju ke tempat bas. Tapi kali ni naik bas lain, bas Vietnam menuju ke Hanoi dan keadaan bus agak buruk berbanding bus Nanning-friendship gate. Maklumlah dah masuk ke Vietnam, nak dibandingkan Vietnam dengan China, mestilah China lebih jauh ke depan kan?

Naik shuttle bus pulak ke tempat bus.
Pemandangan sepanjang jalan menuju ke bandar Hanoi.

Perjalanan dari sempadan Vietnam ke bandar Hanoi mengambil masa lebih kurang 3 jam lagi untuk sampai. Lebih kurang pukul 8.++pm barulah bas memasuki bandar Hanoi dan kami semua diberhentikan di tepi jalan saja. Lepas tu pandai-pandailah ambil taxi ye untuk ke hotel/hostel. 

Dapat taxi kami dah tak fikir panjang, bila driver taxi mintak 10 usd untuk hantar kami ke hostel, kami setuju je. Dah penat dengan perjalanan yang panjang. Perjalanan ke Hanoi Hostel tak jauh mana, tapi kalau nak menapak jalan kaki memang tak mampulah! Sampai di hostel, selesaikan urusan check in dan terus masuk bilik. Kali ni mujur kami diberi satu bilik (bilik untuk 4 orang + extra tilam) walaupun salah seorang kena tidur atas tilam je, tapi tak apalah, asalkan kami ber-5 tak berpecah! hiks (sebenarnya kami booked dorm). 

Masuk bilik, mandi, dan terus bersiap untuk tido. Penat!

* wifi kat hostel ni laju, masing-masing siap layan Running Man!
* ada peristiwa pelik malam tu.. semua kecut perut!


~ bersambung lagi

6 comments:

  1. fuh...mencabar betul baca kisah korang pm, untunglah dapat jugak jumpa orang yang dapat tolong, senang wat keje...choki-choki tak boleh lupa ek, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar tak mencabar mana orga, tapi kitaorg enjoy je. hahaha

      Delete
  2. Nani, shuttle kat border china/vietnam dgn bas ke hanoi tu dah termasuk sekali dengan tix yang Y148 tu ke?
    peristiwa pelik? apakah itu..?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anne, shuttle bus termasuk sekali dengan tiket 148. tapi make sure simpan tiket bus, in case takut driver shuttle bus tanya/mintak boleh tunjukkan. sebab kalau xde tiket bus, kena bayar lain.

      ya anne... peristiwa ngeri. haha

      Delete
  3. JM pun lebih suka buat perancangan awal dari main redah jer. Tak per naik bas pun janji murah ..naik teksi biasalah..harga tinggi kalau dengan tourist kan..

    Woow...mcm best je pengalaman naik bas dari Nanning ke Hanoi

    Peristiwa pelik?..mcm boleh agak je..tapi nk tak tahu jugak..tak sabar tunggu nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu JM, untuk trip singkat rasanya perancangan awal adalah cara terbaik untuk isi masa sebaiknya.

      peristiwa pelik.. hehehe

      Delete