Followers

Tuesday, June 18, 2013

Trip Sempoi Ganu Kite : Part 3 - Taman Laut Pulau Redang

* bersambung lagi - martee la entry dah basi sebenornya

Dari jeti Redang kami di angkut dengan bot laju ke Taman Laut Redang. Sebenarnya tak jauhpun, tak sampai 15 minit naik bot. Sampai sana, parking bot (kami tak singgah di jeti taman laut sebab bot jabatan kawan saya ada tempat parking yang dikhaskan untuk jabatannya), dan kami bawak makanan dan air saja serta alat-alat untuk snorkelling nanti. Beg dan barang-barang lain semuanya ditinggalkan di atas bot. 

Info :

Untuk masuk ke taman laut, bayaran sebanyak RM5.00 diperlukan - kena beli tiket semasa di jeti Syahbandar, dan ia dibuka kepada orang ramai setiap hari dari pukul 8.00am - 12.00pm. Sedikit info tambahan tentang taman laut boleh klik SINI dan SINI serta kemudahan yang disediakan kepada orang ramai boleh rujuk SINI

Disebabkan kami datang sini dengan 'orang penting' jadi kami bebas masuk ke taman laut pukul berapa yang kami suka dan bayaran masuk ialah percuma. opps. Sampai-sampai aje, buka bekal yang Pn. Fatimah sediakan pagi tadi dan makanan yang kami tapau di warung tepi jeti Redang tadi dan kami berkelah di bawah pokok - mengadap laut bertemankan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa dan pokok kepala yang meliuk lentok. Pergh!! Kira pakej la!!

Masing-masing dah kenyang, jadi bolehlah tukar baju untuk terjun dalam air. Tapi sebelum tu kita solat dulu ^_^

Kami berkelah di bangsal bawah pokok tu. Bangunan putih beratap biru ialah tempat mandi dan tandas manakala di sebelah tandas terdapat surau (tak ada dalam gambar).


Sementara kawan-kawan yang lain teruja nak masuk air (snorkel dan life jacket tak cukup untuk kami semua) jadi saya kasi can kawan-kawan lain terjun dulu, dan bolehlah kita tengok-tengok dulu apa yang ada di sekitar taman laut ni. Terakhir datang sini 2003 masa praktikal - mesti banyak yang berubahkan? Malas nak cerita dah, jom kita layan gambar... 

Sejuk mata memandang - pasir pantai yang memutih dengan taburan karang-karang yang mati memang lawa (walaupun gambar ni tak berapa lawa). Haa... nampak tak kat hujung sana yang ada batu dan pokok kelapa tu? Dulu, batu tu dipanggil batu b***k sebab sebelum adanya taman laut, pulau ini didiami oleh penduduk Redang. Disebabkan tak ada kemudahan tandas, jadi di kawasan batu itu telah dijadikan 'tandas sementera' hehe - kelakar je dengar cerita staf yang bawak bot tu.

Gambar-gambar dari batu b***k dari 4 sudut yang berbeza :

Pic 1 : kawasan untuk snorkelling, had berenang/snorkelling tak boleh melepasi tapi yang diletakkan.
Pic 2 : laut lepas, kelihatan bot-bot nelayan/pelancong di perairan Redang
Pic 3 : pantai di sepanjang Taman Laut Pulau Redang, tempat bot diparking dan hujung sana ada kawasan untuk berkhemah.
Pic 4 : pantai di berhampiran jeti taman laut



Jernihnya air laut di sini sampaikan boleh nampak kerang dan karang-karang dalam air.
Ceria betul gambar ni. Padahal tengah ari buta masa tu! Haha.
Mereka semua dah sedia nak masuk air!
Ok, mereka semua dah kepenatan, it's my turn to explore the water!

Bangkai kapal karam - saya dah aim nak snorkelling kat sana! 

Hasil 'tangkapan' dari waterproof camera yang tak berapa nak canggih. Layan....

Kena berenang ke tengah sikit baru jumpa taburan coral ni dan ia masih hidup!
Kima gergasi dan coral yang baru hidup di atas coral yang sudah mati

karangan yang melata di bawah air
tengah syok berenang, tiba-tiba lalu sekawan todak. Nasib baik tak kena 'langgar' dengan todak. hehe
yang ni taburan coral berhampiran dengan kawasan bangkai bot karam
close up yang tak berapa nak 'close' - karang yang masih hidup

Lebih 3 jam main air - sampai kecut kaki tangan, kami pun naik. Lagipun dah petang. Dengan baju yang basah kuyup, angkut barang-barang masuk bot dan kami bergerak meninggalkan Taman Laut Pulau Redang...

Korang semua tak mau balik ke?
Ke mana kita?

Inilah tempat kami 'berkhemah' malam ni - Pulau Mak Kepit

~ bersambung lagi

8 comments:

  1. Bila tengok semua pic ni tak sabar nak pegi redang pulak..Coral kat sini lebih cantik dari Pulau Kapas lah..air jenih..

    Semua gambar cantik coz ada skill ambik gambo :-)

    Ada waterproof camera..untung lahaaa..hihihih

    Kalau JM pun tak nak balik kalau view cantik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, memang redang lagi cantik dari kapas :)

      ahaha, skill aci jadik je tu. hahaha

      alaa JM, waterproof camera yang tak berapa nak canggih manapun, tapi bolehlah masuk air setakat nak selam 15 meter tu. haha

      Delete
  2. cantikkk!!!

    ini yg buatkan ai jeles nih.. nampak gayanya kena rajin ke kelas berenang lepas ni, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, moh kita g sipadan ke, mabul ke, sambil2 tu boleh amik lesen diving. hoho!

      Delete
    2. jomm!! haha...

      tapi nak kena habiskan kelas swimming ni dulu.. once dah terer berenang, dah hilang takut & panic dalam air kita pegi erk.. hehehe.. (berangan je lebih)

      Delete
    3. anne, kalau nak diving tak pandai berenang pun boleh. heee

      eh... berangan tu penting, lepas tu mana tau jadi kenyataan. Lagipun FOC kan? hehe

      Delete
    4. betulll... tapi bila belajar berenang ni boleh kurangkan takut dan panik dalam air.. insya Allah, ada rezeki bolehlah kita ke Sipadan.. hehe

      agree! dari angan2 lah kadang2 tu kita bina kekuatan untuk jadikan impian.. =)

      Delete