Salam jumaat yang barakah semua.
Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah seperti biasa meredah hujan petang dan jammed yang 'melekat' bertemankan celoteh cik DJ di corong radio. Petang itu seperti biasa rancangan Usrati berkumandang. Antara rancangan yang ditunggu-tunggu saban petang selain daripada rancangan guru dan pendidikan, Islam itu indah dan usrah nurani - kesemuanya bersiaran setiap petang hari-hari berbeza.
Semalam, dalam perjalanan balik ke rumah seperti biasa meredah hujan petang dan jammed yang 'melekat' bertemankan celoteh cik DJ di corong radio. Petang itu seperti biasa rancangan Usrati berkumandang. Antara rancangan yang ditunggu-tunggu saban petang selain daripada rancangan guru dan pendidikan, Islam itu indah dan usrah nurani - kesemuanya bersiaran setiap petang hari-hari berbeza.
Tajuk Usrati petang ini - ada kasih sayang yang tersembunyi sedikit menyentuh hati. Baru mendengar intro, mata sudah kehujanan. Adeh... Kupasan DJ dan panel bukanlah tentang kasih sayang manusia dengan manusia. Itu kasih sayang yang biasa. Tapi ia tentang kasih sayang sang pencipta pada umat-Nya.
Kata ustazah, maksud kasih sayang itu universal antaranya - kasih sayang Allah pada umat-Nya. Kasih sayang RasulAllah pada ummahnya. Kasih sayang ibu bapa pada anak-anak. Kasih sayang seorang sahabat kepada sahabat, begitu juga kasih sayang manusia kepada alam ini. Tetapi, kasih sayang yang lebih bermakna ialah sayang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ianya tersembunyi iaitu kasih sayang Allah pada umatNya. Tidak kiralah umat itu Islam atau bukan Islam, kasih sayang itu sentiasa mengalir tanpa putus-putus buat setiap makhluk ciptaanNya - yang pasti manusia saja yang tidak sedar semua itu adalah kasih sayang dariNya. Samada dalam bentuk dugaan, musibah mahupun kegembiraan, itu semua adalah tanda kasih sayang-Nya.
Muhasabah diri sekejap. Bila terkenang pada diri sendiri banyak benar sifat tak bersyukur berbanding bersyukur. Contohnya setiap kali diuji pastinya perkara pertama yang terlintas ialah kenapalah Allah uji aku sebegini. Apa salah aku sampai seberat ini aku diuji? Memang itu lumrah kita sebagai manusia. Kan? Beberapa petikan yang sempat saya catit saya kongsikan di sini.
'jangan mengaku kita beriman selagi kita tidak diuji'
'tak ada takdir Allah yang tidak ada ujianNya'
'amal soleh kami tidak menjanjikan kamu untuk masuk syurga, melainkan dengan redha dan rahmat daripada Allah'
Entry ini saya tulis untuk peringatan pada diri sendiri. Tak ada maksud disebaliknyapun. Sekadar mengingatkan diri sendiri supaya tak lupa dengan kasih sayangNya dan sentiasa ada rasa bersyukur dengan semua nikmatNya. Dan buat kawan-kawan yang sedang diuji dan telah diuji, harapnya kalian semua sentiasa bersabar dengan ujian. Itu mungkin kasih sayang yang tersembunyi... Tanda kasih sayangNya pada kita semua ^_^
p/s : Saya memang tak pandai menulis untuk menceritakan tentang menariknya kupasan tajuk ni. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang teingin nak mendengar, boleh dengar ulangan siaran pada Ahad ini, jam 8.30am di radio IKIM.
p/s : Saya memang tak pandai menulis untuk menceritakan tentang menariknya kupasan tajuk ni. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang teingin nak mendengar, boleh dengar ulangan siaran pada Ahad ini, jam 8.30am di radio IKIM.
Terima kasih PM kerana berkongsi ilmu d sini secara tidak kami yg x sempat nk dgr dpt manfaat. Betul! Allah maha pengasih dan maha penyanyang dan kita sbg manusia x pernah memahaminya. Hanya bersyukur apabila mendpt habus tp x pernah bersyukur apabila d uji ia juga peringatan kpd jm sendiri kerana kekadang mudah lupa :-)
ReplyDeletesharing is caring JM :)
DeleteAllah adalah segala-galanya dalam hidup ini.. Saya selalu berasa syukur dgn hidup ini.
ReplyDeletebetul tu :)
Deletekerana kasih sayang Allah lah, maka kita masih dapat mengharungi hidup ini dengan sempurna. walau diuji berkali2, kita masih mampu untuk berdiri. jika tiada lagi kasih dan sayangNya pada kita, tak mungkin kita dapat mengharungi semua ini. terima kasih, teman...
ReplyDeleteanne, betul tu. kadang2 kita tak sedar betapa banyaknya kasih sayang dariNya untuk kita...
Deleteterima kasih juga teman :)