Followers

Saturday, May 10, 2014

Again... Bukit Puchong!


Cerita pagi Sabtu. Tak lama lagi kami ada projek 'mendaki' - tak sampai 2 minggu dah, tapi macam tak ready je sebab dah lama tak keluar peluh. Cuak jugak sebab stamina ke laut dah ni. Jadi seperti biasa Bukit Puchong menjadi pilihan tempat yang paling mudah untuk mengasah balik stamina yang dah berkarat. Tapi kali ni memang tak ada niat nak berekreasi seperti sebelum INI. Ini memang betul-betul sekadar nak keluarkan peluh. Berbekalkan sebotol 100 plus, pukul 7.30am dah mula mendaki, lepas 30 minit sampai atas, rest 10 minit dan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk turun bawah. Pukul 8.30am dah start kereta balik rumah. 


p/s 1 : Kepada sesiapa yang nak ke Tasik Biru melalui Bukit Puchong, untuk makluman laluan untuk ke sana dah ditutup sepenuhnya. Siap ada signboard gambar 'siapa ceroboh kena tembak'. Nampaknya betul-betul pihak berkuasa mengetatkan peraturan bahawa kawasan tersebut tak boleh dimasuki. Jadi lepas ini kepada sesiapa yang berniat nak ke Tasik Biru, mungkin harapan untuk ke sana dah tak ada kot. Kecuali kalau korang tak takut kena 'tembak'. Wa tak sanggup... hoho!

p/s 2 : Kata kawan sepejabat, ada jalan lain kalau nak ke Tasik Biru. Katanya melalui hutan simpan UPM, laluan masuk dari Seri Kembangan, dekat Taman Equine tu. Tapi saya sendiripun tak pasti routenya sebab tak pernah try laluan ni. 

p/s 3 : Pada GBSAnne, Zilla, Izza, JM and the gangs, kira kita semua bernasib baik sebab dah sama-sama sampai situ kan? ^_^


14 comments:

  1. Replies
    1. boleh try, tapi x sure jalan akan dibuka @ tak. huhu

      Delete
  2. stamina... stamina kena tinggi nak mendaki.. korang hebat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hebat mana pun zette, stamina dah ke laut ni. huhu

      Delete
  3. zura dh lama tk mendaki bukit..mmg ada plan nak bwk anak2 gi mendaki bukit cmnih... teringin nk mendaki bukit broga sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, boleh try panjat broga. Tapi kena panjat awal pagi sebb kalau dah tghari panas. kesian dekat budak2 berpanas. Tapi kan... dengar kata broga dah gondol skrg. huhu

      Delete
  4. Hoyeee....Alhamdulillah sib baik dulu org orang yang sangat baik hati bawak JM ke Tasik Biru..at least dah jejak kaki so tak nak lah cari pasal..kena tembak?..oh no no tak pegi heeee

    Bila lah agak nya dpt join travel ngan PM ni sebelum dia terbang jauh..opss..ada peluang lagi tak..kalau nk ke Surabaya jgn lupa JM tau hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kita dah sampai kan JM. hehe

      Surabaya? Alahai JM, kita dah tak ada tiket ke mana2 dah tahun ni. * nanges

      tapi kalau setakat cuti2 malaysia, moh le kita!!! hehe

      Delete
  5. Maknanya dah takder peluang nak ke Tasik Biru la ek? Mungkin laluan yg sebelum ini banyak digunakan tue Private Land kot. Jadi untuk elakkan dari derang bertanggungjawab kalau ada apa2 yang terjadi, derang tutup jalan tue terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara AB,

      Setakat ni memang jalan tu dah ditutup sepenuhnya. Kalau sebelum ni pun memang tak dibenarkan masuk. Tapi tak adalah sampai tutup jalan. Sebenarnya tempat ni memang kawasan yang diwartakan bawah hutan simpan kekal. Dan memang dilarang masuk pun. Cuma orang kita saja yang melangggar peraturan tu... termasuklah saya... huhu

      Delete
  6. legaaa.... tak adalah kempunan sebab dah sampai... fuhh!

    ReplyDelete