Followers

Tuesday, May 22, 2012

Seteguh Tekad

Judul buku : Seteguh Tekad
Penulis       : Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit     : Alaf 21 @ Karangkraf
Harga        : RM 13.00

Mengisahkan tentang perjuang seorang ilmuan besar iaitu Prof. Dr. Sidek Baba yang saya rasa berjaya daripada seorang individu yang biasa menjadi LUAR BIASA. Beliau membuktikan bahawa kemiskinan bukan titik noktah hidup seseorang di mana jika kita bertekad dan tekun untuk mengubah diri, InsyaAllah BOLEH!

Dari anak kampung, berusaha mengambil peperiksaan untuk memasuki sekolah rendah, tidak pernah belajar bahasa inggeris sepanjang bersekolah rendah, tapi dapat mengatasi masalah itu kerana tekadnya yang kuat untuk mencari ilmu hinggakan terpaksa mengayuh basikal ke sekolah setiap hari walaupun sejauh 45 batu!

Beliau bukan seorang yang terlalu bijak, hanya lulus LCE setakat pangkat B dan lulus MCE dengan pangkat 3, tapi berkat usaha yang tidak putus-putus dalam menimba ilmu akhirnya beliau berjaya. Kerana cintanya beliau kepada ilmu, beliau menjadikan pendidikan @ pendidik sebagai titik permulaan. 

Dalam sibuk menabur ilmu kepada anak bangsa, beliau beberapa kali mengambil peperiksaan HSC untuk melayakkan beliau menempatkan diri ke universiti. Kegagalan demi kegagalan seolah-oleh tidak mematahkan semangatnya untuk menuntut ilmu. Setelah 7 kali mencuba akhirnya beliau berjaya menjadi mahasiswa walaupun digelar mahasistua. 

Dari situ, beliau meneruskan usaha untuk ke tahap yang lebih tinggi hingga bergelar profesor. Hampir 40 tahun menjadi pendidik dan menceburkan diri dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau dikenali sebagai ilmuan yang disegani. Dalam usaha menjadi pendidik, beliau juga diuji. Beliau pernah ditahan di bawah ISA selama hampir 2 minggu atas sebab yang beliau sendiri tidak ketahui. Jika mahu tahu kisah selanjutnya, sila baca sendiri ya! 

Pada saya, kisah ini adalah kisah orang berjaya yang patut dijadikan contoh. Jiwa kental yang ditunjukkan oleh beliau mampu memotivasikan sesiapa yang mahu berjaya. Terutamanya sesiapa yang bergelar PENDIDIK/ GURU/ CIKGU! Rasa-rasanya nilai keCIKGUan dalam diri seorang guru masakini sangat berbeza dengan guru dahulu. Erm... ini isu sensitif, kalau saya hurai lebih panjang, kang saya pulak di'band'. hiks. 

Anyway, happy reading!

PM : sibuk berbengkel tapi masih berkesempatan menulis blog. Woha!

2 comments:

  1. best...selamat berbengkel sambil menulis blog..cepat2 update pasal Miri dan brunei...

    ReplyDelete
  2. hehehe... best!!!

    citer miri dan brunei saya bg can kat cik bunga tulis dulu. hiks

    ReplyDelete