Followers

Wednesday, January 01, 2014

Hi hi 2014, bye bye 2013

Pic credit to Cik Dara

2013 baru saja berlabuh, 2014 pula yang muncul. 2013 yang penuh dengan kenangan. Banyak yang manis. Cubaan untuk keluar dari 'zon selesa' dengan mencabar keupayaan diri sendiri boleh katakan hampir 95% berjaya. Moga ada jalan yang 'lapang' menanti di tahun 2014 nanti. Apapun kita berusaha, selebihnya biarlah diletakkan semua urusan pada Dia yang menentukannya. 

2013, berpeluang juga ke beberapa tempat. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk kenal tempat orang. Yang pasti balik kampung halaman macam dah jadi acara wajib tiap-tiap bulan. Haha. 2014? Mungkin tak mampu untuk ke mana-mana. Meleleh liur tengok AA, MAS, Malindo etc bergilir-gilir buat promosi jualan tiket. Silap haribulan kalau iman tak kuat mahunya terbeli. Itupun 'terbeli' juga satu tiket. Tapi untuk ke sana masih 50 - 50. Ada rezeki sampailah. Kalau tak kira rezeki Pak Tony la tu. 

Apapun moga tahun 2014 akan menjanjikan 'sesuatu' yang lebih baik untuk kita semua. Moga hasrat hati untuk 'jihad' menuntut ilmu dimudahkan oleh-Nya. Moga diberi kesihatan dan diberi lebihan rezeki untuk terus berkelana di bumi yang indah ini. Apapun saya doakan semoga semuanya dipermudahkan...

note : Gambar di Sunflower Farm @ Lop Buri, Thailand. Last trip untuk 2013. Trip penutup dengan kawan-kawan lama dan baru. 


12 comments:

  1. Trip taun taun depan laaagi besor aper!
    Sila spare kan keje kosong utk aku nnt...aku nk bertravel sambil ber part time sana nantI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya trip besor ni masih kelabu asap lagi ni. How??????

      meh aa nil kita gi sama2. ada geng. hoho!

      Delete
  2. PM, nak kirim sorang jejaka kacak boleh??hahaha...

    Selamat tahun baru PM..Insyallah, kalau dah tertulis rezeki utk PM pasti tidak akan ke mana..cuma cepat dgn lambat aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jejaka kacak? wawawa... patut ke saya kembali ke Kanchanaburi untuk jejak jejaka kacak itu Zilla? haha

      Selamat tahun Zilla. Doakan moga impian awak dan saya serta semuanya akan tertunai ye... :)

      Delete
  3. Walking out from our comfort zone is not an easy task sebenarnya.

    Anyway, Selamat Tahun Baru and Happy Travelling! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're rite Zaraab. It's a tough challenged to an ordinary person like me!

      Selamat tahun baru untuk kamu juga :)

      Delete
  4. Selamat tahun baru PM...dah lama kita tak berjumpa kan....rindu pulak rasanya

    JM doakan semoga hasrat untuk belajar tu SUCCESS...aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga JM. lama betul kita x jumpa kan? apa lagi jom jumpa!!! heee

      JM doakan panjang2 ye moga hasrat tu kesampaian. amin...

      Delete
  5. selamat tahun baru nani...semoga ada peluang untuk kita travel sama2 satu hari nanti... semoga sentiasa dilapangkan jalan dalam mencari apa yang dicita2 kan...

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru jugak k.intan. InsyaAllah, satu hari nanti ada la tu rezeki kita nak travel sama2 eh, asyik tertangguh je plannye kan?

    Amin... doakan ye sis moga dimudahkan semua usaha tu :)

    ReplyDelete