Followers

Thursday, May 29, 2014

The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival, Busan part 1

Welcome to BUSAN!

Sebenarnya kat Busan ni kami hanya ada sehari je kat sini. Kira konsep touch n go ajelah. Tu tandanya kena repeat balik Busan kan? Adalah alasan. Hiks. 

Flight kami dari Jeju ke Busan malam. Tanah Busan dah gelap barulah kami sampai. Selesai urusan ambil beg, terus ke subway station untuk ke Haeundae. Part ni memang sendu sebab St. Haeundae tersangatlah jauh! Memang silap perhitungan cari hostel nun jauh di Haendae. Kalau singgah sini lama, syok jugak sebab tepi pantai, ini nak ke pantai tengok pantaipun tak sempat. Jadi lain kali kena pilih lokasi seperti Sasang atau Jagalchi barulah strategik nak ke mana-mana. 

Tapi, pilihan kami untuk menginap di Hostel The New Day tak mengecewakan sebab lokasinya sangat dekat dengan subway station. Keluar exit 1, jalan tak sampai 45 meter dah sampai hostel. Part ni boleh diberi 5 bintang. Dan keadaan hostelnya juga selesa.

Malam tu sampai, masuk bilik, masing-masing dah tak fikir panjang kecuali TIDO!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari baru di Busan.

Sememangnya highlight trip kami adalah untuk memburu cherry blossom. Sampai ke Busanpun tak habis-habis lagi nak memburu bunga ni. Untuk masa sesingkat sehari yang kami ada di Busan, kalau tengok itinerary memang banyak tempat kami nak terjah. Tapi kemampuan terhad disebabkan kesuntukan masa. Jadi untuk selamat, dalam itinerary kami buat 2 option :

1. Jinhae Tour - ke The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival ATAU
2. Busan Tour - ke tempat-tempat seperti Gamcheon CultureVillage, Taejondae tour, Jagalchi Fish Market, Dalmaji Hill etc.

Tetapi disebabkan The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival yang merupakan festival cherry blossom terbesar di Korea berlangsung pada 1 - 10 April 2014 dan kami pula berada di situ pada 3 April 2014, sudah tentulah peluang untuk ke festival ini tak akan kami lepaskan! So, cherry blossom... kita jumpa di JINHAE!!

Mode transportation seperti biasa menggunakan perkhidmatan awam. Sebenarnya sampai hari kejadian kami 'gelap gambar' macamana ke ke Jinhae  ni. Puaslah masing-masing yg ada h/p canggih menggodek h/p cari maklumat terkini. 

Bila ditanya pada staff di hostel, dia cadangkan kami ke sana naik bas sebab lagi mudah dan cepat. Dia pesan, better pergi awal pagi sebab tempat ini akan penuh dengan pengungjung. Maka gigihlah mak jemahs dan pak mail bangun pagi dan bersiap awal pagi tu. Sarapan disediakan di hostel. Lepas sarapan kami bergerak.  

Disebabkan kami memilih subway dan bas sebagai mode pengangkutan, jadi saya hanya boleh kongsikan cara ini sajalah. Mana tahu kot-kot tahun depan ada orang nak ke festival ni bolehlah jadikan rujukan walaupun tak lengkap sepenuhnya. 

Dari Haeundae kami ambil subway untuk ke stesen bas. Untuk ke Jinhae terdapat 2 lokasi untuk naik bas iaitu dari St. Sasang atau St. Hadan. 

1 - St. Sasang : Exit 5 - Seoubu Bus Terminal (rujuk SINI untuk schedule bas) dan beli tiket ke Jinhae (5,100won/one way). Bas bergerak bila penumpang dah penuh @ setiap 20 minit >> ini pilihan kami since St. Sasang lagi dekat berbanding St. Hadan.

2 - St. Hadan : Kaunter tiket betul-betul terletak di depan stesen subway Hadan. Beli tiket dan tunggu saja bas sampai >> ini dari pemerhatian saya sebab bas yang sama dari Seoubu Bus Terminal (dari Sasang) akan berhenti mengambil penumpang di St. Hadan juga. 

* Kedua-dua tempat naik bas dekat dengan stesen subway. Satu kelebihan bagi pengguna pengangkutan awam!

Dua tempat naik bas untuk ke Jinhae.

Perjalanan dari Busan ke Jinhae mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sempatlah masing-masing membuta walaupun pemandangan sekeliling punyalah cun! hiks.

Sampai-sampai saja, nah inilah pemandangan yang terhidang depan mata! Kat mana-mana penuh dengan bunga pink! Mula-mula clueless jugak mana tempat nak tuju sebab semua tempat macam ada pesta. Jadi kami ikut saja, orang-orang yang turun dari bas. 

Cakap banyakpun tak guna... biar gambar saja yang bercerita!

Di mana-mana ada bunga pink!
Ikut saja kaki melangkah sebab mana-manapun cantik
Banner festival - maknanya kami sampai di tempat yang betul. hihi
Tapak pesta

Berjalan kaki tanpa arah sehinggalah kami ditegur oleh seorang staff yang bertugas untuk festival ini. Dialah tolong lukis peta dan tunjuk pada kami lokasi-lokasi utama festival ini. Salah satunya ialah sekitar stream. Memandangkan tempat ini paling dekat maka itulah tempat yang kami tuju!

"There are two primary locations that visitors go to see them. One is the train tracks just next to the high school that is a major bus stop. The other location is at a river in the downtown section of Jinhae, located a 30 minute walk north of the bus station. At this location there is a small stream lined with cherry blossom trees on both sides that tourists are sure to be flocking around."wikitravel

Jalan punya jalan, melintas jalan beberapa kali, akhirnya nampak sungai dan bunga pink yang berimbun-rimbun! Waaaa... lawanya! 'Mabuk bunga' sekejap masing-masing. Seperti biasa hilang arah sebab tak tahu nak ambil gambar macamana. Depan mata semua cantik, tapi bila ketik camera, hasilnya tak selawo reality. Jadi konlusinya.... KORANG KENA DATANG JINHAE  DAN TENGOK SENDIRI DENGAN MATA! Sebab, MasyaAllah... lawa!!

Walaupun gambar tak seberapa, bolehlah sebagai kenangan daripada tak ada langsung kan? 



Puas berjalan kat atas, kami turun bawah berjalan di laluan bawah. Airnya nampak jernih, tapi sebenarnya tak adalah bersih manapun. Nasib baik tak ada bau yang kurang menyenangkan :)
Payung lagi... kombinasi payung bewarna-warni memang lawa
Dan pokok-pokok juga dihiasi dengan lampu-lampu bulat yang comel dan unik

Meh kita tengok aksi-aksi pengunjung. Mostly yang datang orang tempatan, tapi merekapun 2x5 jakun macam kami yang tak 1'st time jumpa cherry blossom. So, no worries, buatlah aksi apapun, tak ada orang nak kesah!

Ada yang datang berpasangan
tak kurang yang datang berkumpulan macam kami...
Tua atau muda semuanya bergaya!
Merekapun tak kalah dengan gaya masing-masing! hiks

Lama kami habiskan masa di sini. No rush... seharian kami di sini.

Tapi perut dah menyanyi-nyanyi minta di isi.

Jom kita cari makan dulu. Isi perut. 


Mana kami nak makan? Kita sambung kemudian....

6 comments:

  1. Hoyeh info yg ditunggu2 sudah tiba ... tq for sharing .. harus aku redah Jinhae nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti redah Azra. Nanti dah sampai Jinhae jgn lupa share eh. Mana tau nanti sempat g ke stesen keretapi. situ pun lawo. sayang kitaorg x sempat ke situ hari tu. huhu

      Delete
  2. wuish! bestnye gi korea... cantik giler!
    boring2 tu jemput lepak kat butik online kitew yea..

    www.kedai-indah.blogspot.com

    maceh! heee

    ReplyDelete
  3. Entry yg buatkan kita jeles... tapi xpe.. layan gambar n baca citer pun okeh.. tq pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue, sekarang baca dulu... mana tau suatu hari nanti berpeluang ke sana pulak kan?

      Delete