Followers

Wednesday, January 30, 2013

Antara 5 tempat menarik di Terengganu.

* Entry sempena 2013, Tahun Melawat Terengganu.

* Memandangkan saya orang Kuala Terengganu, jadi entry saya lebih kepada tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu saja. ^_^

1. Pasar Besar Kedai Payang
source
Orang kata, kalu maghri Ganu wajib singgoh Pasor Payang (datang Terengganu kena singgah di Pasar Payang). Saya yakin orang perempuan mesti suka dengan tempat ni sebab boleh shopping! Semua ada di sini, dari makanan basah, makanan kering, makanan tradisional, baju, kain batik, sutera dan songket, dan alat-alat tembagapun ada di jual di sini. 

Setiap barang keperluan dijual mengikut tempat tertentu. Contohnya, pasar basah - menjual ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran, pasar kering - menjual buah-buahan, kuih muih dan barangan makanan tempatan seperti keropok keping. Manakala di tingkat atas adalah bahagian menjual pakaian, kain sutera, songket dan batik. Di tengah-tengah tingkat 2 terdapat food court yang menjual pelbagai makanan panas dan lauk pauk Terengganu. Tak lupa pada penggemar barang emas, boleh pilih kedai mana yang berkenan di hati. Emas Terengganu antara emas yang terbaik tau.

Tips : kalau membeli kena pandai tawar menawar tau. Kalau boleh bargain hingga separuh daripada harga yang diletakkan. Kalau tak dapat barulah up sikit harga, ikut harga yang bersesuaian.


2. Taman Tamadun Islam, TTI
source
Terletak di Pulau Wan Man, ia merupakan taman teman bercirikan islam pertama di dunia dari segi reka bentuk dan kebudayaan. 

Terdapat lebih kurang 21 buah monumen dibina dengan saiz 1:8 daripada saiz asal. Antara monumen yang dibina ialah Masjid Xian, China, Taj Mahal, India, Masjidil Haram, Makkah dan banyak lagi.

Bayaran masuk :

RM10.00 - dewasa
RM5.00 - kanak-kanal
RM5.00 - warga emas (60 tahun ke atas)


Lain-lain kemudahan :

Sewa basikal - RM3.00
Sewa trem - RM3.00
Sewa buggy - RM35.00 - 40.00 (mengikut saiz)
Cafe dan tandas awam


3. Chinatown, Kuala Terengganu
source
Lokasinya bersebelahan saja dengan Pasar Kedai Payang. Dulu, ia merupakan tempat tinggal masyarakat Cina yang datang dari tanah besar Cina sekitar abad ke-19. Sehingga kini, rumah-rumah sekitar ini masih dihuni.

Jika ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke sini. Berjalan kaki samada dari Pasar Payang atau Hotel Sri Malaysia adalah cara terbaik untuk melihat sekitar kawasan ini dengan lebih dekat. 

Rasanya sebelum ini, sekitar Kampung Cina ini biasa-biasa saja. Tapi atas inisiatif kerajaan yang ingin mengekalkan keaslian tempat ini, saya dapat lihat banyak perubahan di sini. Contohnya, beberapa lorong di sekitar kawasan diubahsuai untuk menarik pelancong ke sini. Antara lorong-lorong yang dibina ialah Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan dan banyak lagi. 

Kalau datang waktu malam, boleh layan 'pokok-pokok api' (macam kat ICT) di tepi benteng mengadap ke muara Sungai Terengganu. Memang seronok!






4. Santuari Penyu Rantau Abang
source
Jika mahu ke Kuala Terengganu melalui 'jalan pantai' : Kemaman-Dungun-Marang-Kuala Terengganu, kita mesti akan melalui Rantau Abang. Jarak perjalanan lebih kurang 65km dari bandar Kuala Terengganu. 

Pusat santuari merupakan salah satu pusat informasi maklumat tentang hidupan laut umumnya dan tentang penyu khasnya. Selain daripada maklumat, kita boleh melihat penyu-penyu yang dipelihara di dalam tangki khas untuk penyelidikan dan tatapan umum. Tak silap saya, kalau bernasib baik bolehlah lepaskan anak-anak penyu yang baru menetas ke pantai. 

Kalau mahukan lebih informasi, terdapat satu lagi pusat informasi iaitu Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) yang terletak hanya di seberang jalan saja dari santuari penyu. Ada muzium kat situ. Siap ada replika rangka ikan paus di luar muzium.

Saya pernah berada di sini selama 3 bulan. Praktikal. Walaupun kajian yang saya buat masa tu tak berkaitan dengan penyu, (saya kaji gastropod), tapi dapat jugak pengalaman 'menunggu penyu bertelur' di pantai Ma' Daerah, Kerteh, melepaskan anak-anak penyu yang cute ke pantai dan paling menarik berpeluang ke Pulau Mat Kepit (terletak berhampiran Pulau Redang) di mana pulau itu merupakan salah satu pulau yang diwartakan kerajaan Terengganu sebagai pulau penyu mendarat. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegitu kan?

Jadi kalau ke Terengganu jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini. Sekarang nak tengok penyu bertelur secara live memang tak dapatlah sebab % penyu yang naik untuk bertelur di perairan Terengganu semakin hari semakin menurun. Oleh itu, dengan adanya Santuari Penyu ini sedikit sebanyak memberi kita pendedahan tentang hidupan laut yang hampir pupus ini.


5. Tasik Kenyir
Terletak di Hulu Terengganu iaitu di hulu Sungai Kenyir, Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara. Tujuan utama pembinaan tasik yang siap dibina pada tahun 1988 ialah untuk menjana kuasa elektrik.

Di antara tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir ialah :
  • Air terjun, jeram dan sungai ( Air terjun Lasir, Air terjun Saok) 
  • Gua (gua Bewah dan guan Taat)
  • Taman Herba - 
  • Sungai Gawi Kenyir - tempat penternakan ikan air tawar seperti baung dan patin. 
  • Tapak perkhemahan dan jungle tracking
  • Syurga bagi kaki pancing
  • Menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan air - kenu, kayak, bersampan, berakit etc.
  • Pintu masuk ke Taman Negara
Kalau berminat boleh datang ke sini. Chalet, kemudahan bot disediakan di pengkalan Sungai Gawi. Dan bagi penjawat awam, kemudahan rumah peranginan persekutuan Tasik Kenyir juga disediakan.

10 comments:

  1. wah...banyak betul info ko bagi PM, mentang-mentang orang ganu ek, aku pernah sampai time sekolah menengah dulu, lawatan 1 malaysia. lupa dah pegi tempat mana...memang nak kena terjah jugaklah, teringin nak tengok penyu bertelor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. info dah ada, kena datang la jawabnya! hehe

      Delete
  2. Ha..terengganu dgn kelantan dlm planning nak pergi..banyak info senang nanti nak gi sana..best info..
    kalau nak datang langkawi PM kita,,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput2 datang ke Terengganu :)

      Langkawi? Teringin nak repeat lagi tempat ni, InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki akan sampai ke Langkawi lagi :)

      Delete
  3. Terengganu memey comey dan sesuai untuk mereka yang cintakan laut dan hutan....http://eksploria.blogspot.com/2013/08/terengganu-tiada-tempat-menarik.html.. Nak dtg terengganu? Jom stay kat Riyaz Heritage Marina Resort & Spa sebagai Ahli Riyaz Royal, dapatkan penginapan percuma dan diskaun bilik dan makan...http://riyazroyal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Santuari penyu tu kita boleh melawat bila2 masa atau atau ada waktu waktu tertentu?

    ReplyDelete
  5. Artikel yang sangat menarik. 5 tempat yang ditulis admin ni memang wajib kena pergi kalau bercuti di Terengganu. Kalau nak tengok tempat-tempat lain dan pelbagai info lagi di Terengganu untuk percutian, layari Libur Terengganu

    ReplyDelete
  6. menarik, mesti pergi tempat-tempat menarik ni, kebetulan saya plan bercuti ke sana pada bulan 10 nanti.

    ReplyDelete