Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya ; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) - (Surah Al_taubah : 108)
Dari maksud surah di atas secara umumnya bersuci atau suci membawa 2 maksud iaitu suci secara zahir (menjaga kebersihan diri dan pakaian) dan suci secara batin (hati kita). Itu antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Rusnah bt Ahmad pada malam hari ke-4.
Taharah bererti suatu perbuatan yang dilakukan untuk menghilangkan hadas atau najis yang ada pada badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihkan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci ialah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.
Antara hikmah bersuci ialah :
- Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit
- Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci
- Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang
- Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam dalam kehidupan manusia - umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya
- Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang
Kata ustazah, punca utama kesempurnaan ibadah kita ialah bersuci. Katanya jika diri dan pakaian kita tidak suci bagaimana mahu mendapat solat yang sempurna? Solat yang diterima juga berpunca daripada wuduk yang sempurna. Begitu juga kaitannya dengan ibadat haji. Semuanya berpunca dari kebersihan. Contohnya, jika mahu menunaikan solat - wuduk haruslah sempurna, mahu melakukan tawaf - wajib dilakukan dalam keadaan suci pakaian dan diri dalam keadaan berwuduk kerana jika tidak berwuduk atau suci tawaf pastinya tidak sah. Sebab itulah perempuan dalam haid tidak boleh boleh melakukan tawaf. Pertamanya kaabah terletak di dalam masjid - perempuan dalam haid tidak boleh masuk mahupun lalu di dalam masjid. Keduanya tawaf mesti dilakukan dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar. Tetapi kadang-kadang perkara berkaitan taharah/ kebersihan ini sering di ambil ringan oleh sesetengah orang.
Daimul Hadas
Daimul hadas ialah penyakit hadas yang berterusan seperti kencing tak tos (lelaki dan perempuan) dan istihadhah (perempuan). Jadi, sesiapa yang mengidap daimul hadas, mereka tidak terkecuali daripada bersuci/ berwuduk untuk membolehkan mereka menunaikan solat. Contohnya, jika seseorang itu kencing tak lawas dan semasa solat air kencing masih keluar - dia dikira berhadas. Jadi bagi masalah ini semasa berwuduk dia perlu berniat untuk mengharuskan solat. Dia kena ambil wuduk apabila masuk waktunya dan sah untuk satu solat sahaja. Walaupun dia sudah mengambil wuduk sebelum waktu lai, wuduk itu tidak terpakai dan tidak boleh digunakan untuk solat fardhunya. Sebelum berwuduk, mereka yang berpenyakit ini perlu bersihkan semua kotoran yang ada di badan terlebih dahulu dan memakai sesuatu yang menghalang air kencing atau darah istihadah daripada menitis.
Cara berwuduk sepert biasa cuma niat saja yang berbeza iaitu perlu niat istibahatul solat iaitu niat untuk mengharuskan solat bukannya mengangkat hadas kecil kerana mereka masih berhadas. Niat istibaharul solat ketika berwuduk ialah sahaja aku mengambil wuduk bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala.
Kata ustazah lagi, cara kita menjaga kebersihan menentukan kesihatan kita. Salah satu contoh, kenapa Islam menyarankan umatnya berdehem sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali selepas membuang air kecil? Ianya berkait rapat dengan kebersihan. Ia untuk memastikan semua air kencing keluar semuanya dan perbuatan ini jika diamalkan akan menghindar daripada penyakit kencing tak tos. Tapi berapa ramai umat islam yang mengamalkan amalan ini? Pendek kata semua amalan/ perbuatan yang kita lakukan bermula dari kebersihan. Jika kebersihan dijaga, bersuci dengan cara yang sempurna, wuduk juga sempurna, solat dan amalan lain seperti haji/ umrah juga akan sempurna.
Wuduk semasa di Tanah Suci
Tawaf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilakukan dalam keadaan berwuduk. Jika tidak ada wuduk, maka tawafnya tidak sah. Begitu juga jika sedang melakukan tawaf, tiba-tiba wuduknya terbatal (sebab terkentut/ keluar sesuatu dari duburnya), jadi perlu berhenti tawaf dan berwuduk semula. Kemudian boleh sambung balik baki tawaf yang tertinggal - afdalnya tawaf bermula di rukun hajarul aswad (tempat permulaan tawaf). Tapi di Tanah Suci terdapat satu keringanan (rukhsah) yang Allah berikan kepada umatNya berkait dengan wuduk ketika melakukan tawaf iaitu wuduk tidak terbatal sekiranya bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang halal bernikah tanpa berlapik TETAPI dengan syarat semasa bersentuhan tidak ada nafsu/naik rasa syahwat antara kedua-dua orang yang bersentuhan tadi. Tapi rukhsah hanya valid semasa tawaf saja ya... sebab itu dikira darurat semasa melakukan ibadat haji. Kalau tersentuh antara lelaki perenpuan masa nak bersolat atau semasa hendak lakukan perkara/ perbuatan yang kena ada wuduk tetap kena ambil wuduk semula. Itu tak dikira darurat ye. Tak ada rukhsah di situ!
Ustazah berpesan lagi supaya kami semua terutamanya jemaah perempuan supaya sentiasa membawa botol spray berisi air untuk memudahkan kami mengambil wuduk walaupun ketika berada di dalam Masjidil Haram. Yang penting, aurat kena sentiasa dijaga. Dengan cara ni tak perlulah kita berjalan jauh untuk ke tandas/ tempat mengambil wuduk yang terletak jauh. Kiranya lenguh jugak kaki kalau nak menapak ke tandas tu. Cara-cara mengambil wuduk masih sama, cuma memadai memastikan air lalu dengan sempurna pada anggota-anggota wajib wuduk dan pastikan air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 titik. Ini adalah salah satu cara yang memberi kemudahan kepada umatNya. Sebenarnya amalan ini bukan hanya boleh diamalkan ketika di Masjidil Haram, tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Cuma kita sahaja yang jarang mengamalkannya.
Rujukan :
Pengertian bersuci

Paip air zam-zam yang berada di dalam Masjidil Haram. Di sini kita boleh minum air sepuas-puasnya dan kalau berwudukpun boleh. |
Rujukan :
Pengertian bersuci
No comments:
Post a Comment