Followers

Friday, April 19, 2013

TRIP SELEKEH (5) : Trip sehari Longji Dragon's Backbone Part 2

~ bersambung, jalan-jalan di kampung budaya

Selepas lebih kurang 3 jam diberi masa berada di Longji, guide ingatkan kami supaya kami berkumpul di depan pintu masuk 2 petang. Tapi biasalah, tunggu punya tunggu, pukul 2.30 petang barulah bas bergerak. Kata guide, lepas ni kami semua akan dibawa naik bot di 'kampung budaya'. Err.. saya je panggil tempat tu kampung budaya sebab dah terlupa nama tempat tu. Tapi macam kampung budaya sebab ada muzium, ada pertunjukan tradisi, ada rumah puak etnik yang tinggal di Lonji. Sekali tengok macam kampung budaya kat Sarawak tu. Kat sini kami dikenakan bayaran lain sebanyak 70yuan untuk masuk dan naik bot. Oklah, RM35, masih mampu. 

Sebelum tu, Meh kita kongsi sejarah sikit pasal Longji dan penduduknya...

Dari pemerhatian kasar, saya tengok penduduk kat Longji ni majoriti bertani. Namapun duk kat sawah padi kan? Dulu penduduk sini macam nomad, sebab selalu berpindah randah ke kawasan lain bila tanah yang mereka usahakan dah tak sesuai untuk bercucuk tanam. Akhirnya diorg dapat idea untuk tarah bukit/gunung dan dijadikan teres untuk tanam padi. Lama-lama kawasan gunung makin besar diteres dan akhirnya membentuk satu kawasan sawah padi berteres yang cantik macam kita tengok hari ni. Ada yang tanya Longji ni semulajadi ke? Jawapannya tidak, sebab manusia yang buat ia jadi macam tu.

Longji Dragon'sBackbone
Terdapat banyak kumpulan etnik minoriti yang tinggal di Longji. Kumpulan terbesar ialah Yao, Zhuang dan Miao. Setiap kumpulan minoriti mempunyai bahasa individu, muzik sendiri, tarian, dan seni. Etnik-etnik ini boleh dibezakan daripada pakaian tradisi yang mereka pakai. Wanita Yao suka pakai pakaian terang-terang (warna merah jambu bersulam dengan anting-anting perak yang berat). Wanita Yao ni terkenal dengan rambut yang sangat panjang. Mereka simpan rambut dan hanya potong rambut sekali seumur hidup (lebih kurang 16-18 tahun) iaitu sebelum mereka berkahwin. Rambut yang dipotong disimpan dan dipintal macam sanggul di kepala. Bezanya sanggul orang melayu kat belakang, sanggul wanita Yao di atas kepala. Sekali pandang macam kupiah je. Rambut diaorang ni sangat cantik, panjang dan hitam tau. Walaupun dah tua rambut maintain hitam. Petua mereka menjaga rambut ialah, mereka cuci rambut dengan air beras (air yang digunakan untuk membilas beras). Haa.. agak-agak nak rambut cantik boleh la cuba! :) Manakala, Wanita Zhuang pakai baju putih, seluar hitam, dan kain yang berwarna terang di atas kepala mereka. Dan wanita Miao pakai jaket pendek yang berwarna-warni dengan skirt pendek. 


Gambar 2 : wanita Yao, gambar 3 : wanita Zhuang + gambar 4 : wanita Miao

Masing-masing naik bas, layan view kejap lepas tu terus membuta. Penat daki anak tangga nak sampai ke puncak Longji la katakan. Sedar-sedar guide kata dah sampai kat kampung budaya. Kami diminta tunggu sementara guide nak belikan tiket untuk naik bot. Agak lama menunggu akhirnya guide kami datang bersama pemandu pelancong dan tukang bawak bot. Kami ber-5 naik bot bersama 3 pelancong dari france dan satu couple korea-HK. Kesian pemandu pelancong tu, nampak muka di nerbes nak bercakap dengan kitaorg. Acap kali dia duk kata i'm so nervous. ... i'm so nervous... Padahal kami semua enjoy je naik bot tu walaupun tak faham apa-apa yang dia cakapkan. Haha.

Bamboo boat katanya - bawak keliling tasik
Mula-mula naik bot kami disambut oleh wanita Yao. Tiap kali bot lalu, makcik Yao tu akan buka simpulan rambut dan sanggul balik rambutmya. Bayangkan kalau 10 bot lalu berturut-turut lenguh jugak nak buka dan sanggul balik rambut dia. Kesian makcik tu, tak sempat sudah simpul rambut, bot dah pergi. 
Gambar 1 : anak-anak dara puak Yao menyanyi sambut kedatangan kami.
Gambar 2 : Ni plak sessi berbalas pantun. Sepatutnya, bila diorg tanya kami kena jawab. Tapi disebabkan dalam bot tu semua 'buta dan bisu' bahasa cina, kami hanya melopong je. Ada 4 soalan yang ditanya tapi saya dah lupa soalannya

Lepas berbalas pantun, botpun sampai. Mula-mula kami disambut oleh wanita Miao yang sedang menenun benang (macam gambar atas), Kemudian singgah di muzium, kami singgah kejap je. Lepas tu panjat tangga sampai ke puncak. 
Singgah di pelantar, boleh nampak pemandangan seluruh kawasan. 
Trip kali banyak betul jumpa tangga. huhu. Ikut saja track yang disediakan dan sampailah ke atas. Paling atas skali ada pentas persembahan. Masa tu tengah ada pertunjukan. Layan....

Tarian etnik Miao - macam menari joget jingli nona
Habis persembahan, masa untuk balik - seperti biasa kena menapak turun tangga. Tapi, tiba-tiba kami ternampak flying fox. Kata pemandu pelancong yang bawak kami naik bot tadi, kalau kami naik flying fox,boleh avoid dari turun tangga. Apa lagi masing-masing seronoklah! Bayaranpun murah, 20yuan/person. Yang paling best tak payah jalan kaki turun tangga nak keluar nanti. hehe.

Dah siap pakai tali keselamatan untuk flying fox - muka maintain senyum padahal dalam hati masing-masing cuak sebenarnya. Tapi memang fun lah! Teringat naik zip wire kat Nami Island.

Lepas flying fox, kami kena lalu jambatan gantung dan sampai di hujung jambatan ada demo cara-cara menyanggul rambut oleh wanita Yao. Pit stop terakhir kena lalu kumpulan perempuan dalam gambar bawah sebelum keluar. Kami ni saje je lengah-lengahkan masa, main-main nak jalan ke jambatan keluar. Asal nampak kitaorg nak jalan, diorang bentangkan tali merah tu, bila kitaorang patah balik, kendur balik tali merah tu. Kalau saya jadi diorang confirm stress!

Nak balik kami disambut oleh mereka. Kalau nak keluar syarat kena nyanyi dulu. Nak tau kami nyanyi lagu apa? Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei! - kelakar nyanyi tak sempat habis terus kami cabut lari. haha

Akhirnya selepas hampir 1 jam setengah habislah kampung budaya tu kami jalan. Masa untuk balik ke hostel. Perjalanan ke Guilin ambil masa 2jam lebih dan kami selamat sampai dalam pukul 9.00 malam. Malam ni balik hostel je. Dah tak mampu nak jalan-jalan lagi malam tu. Lagipun kami kena kemas beg sebab esok nak Yangshuo pulak.

~ bersambung

10 comments:

  1. bestnya dapat naik flying fox...erkk..first ke..Motip..ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi JM.. 1'st nmpak. blog ni biasa2 je JM, xde org komen. but i don't mind... apa yang penting happy!!!

      flying fox tu memang best! kalu diorg offer nak ulang flying fox tu ke, confirm kitaorg nak!!

      Delete
    2. Jgn lah mcm tu..ramai tak ramai org komen tak penting...yang penting ramai org baca..coz ramai yg silent readers jek..

      Yg panting JM suka baca blog PM..don't worry kay heeeeeee

      Delete
  2. aku rasa part yg naek flying fox tu paling menerujakan. kalau pki gopro ble buat video skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. flying fox tu memang best. kekonon nak rakam video, tapi... bila tengok view sekeliling yg lawa terus lupa semuanya...

      Delete
  3. kelakarlah part yang wanita Yao dok buka rambut pastu ikat balik, hehe...dahla rambut panjang...macam ko cakap lah PM, kalau dah 10 bot, bape kali nak kena buka ikat balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, kadang2 kesian tengok makcik2 yao tu bersungguh2 buka sanggul dan sanggul balik rambut dia. bukan pendek rambut, cecah ke lantai tu!

      Delete
  4. amboihhhhhh gambar ke2 dari atas tu, yg pakai jaket ala2 artis nily nil kan? vogues abes baju dia tuh! hahaha anyway, gambar longji yu mmg cntik! harap2 time aku smpai cantik lg ler...

    persembahan ko dlm cerita ni berbeza dgn cerita supermeng malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah... gelak guling2 baca komen ko ni henry. tu bukan nil, tu datin wannebe tu. sila cuba lagi. haha.

      nil tu orgnya, as simple as her stories in her blog. kalau ko baca blog dia sempoi camtu, kat luarpun macam tu lah dia.

      x silap masa ko g longji nanti, lagi lawa kot. sebabnya masa dah ada air dlm petak sawah, mesti sawah nampak shining. tak pun masa tu dah ada anak-anak padi, hijau babe!!!

      supermeng g tengok persembahan wanita yao, kitaorg lalu je kat kampung tu. lain travel agent, lain tempat yg dibawak kot. sebab tu cerita pun tak sama :)

      Delete