Followers

Friday, April 12, 2013

TRIP SELEKEH (2) : Hi Guilin! + How Flowers Youth Hostel, Guilin

30/3/2013 : Sabtu

Flight AK 1034 berlepas dengan selamat dari Tanah Malaya menuju ke Tanah Besar China mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai di Guilin Liangjiang International Airport, lebih kurang pukul 10.55am. Kami naik flight awal pagi, itupun delay hampir setengah jam, kapal tak bergerak-gerak dari landasan. Sampai di airport Guilin, beratur untuk cop pasport di imigresen ambik beg dan semua urusan berjalan lancar. Cuma bezanya kali ni bila keluar dari airport kami ber-5 tak disambut oleh Joh seperti setahun yang lepas. Eh lupa... kali ni kami backpacking sajork.

Keluar aje, masing-masing cari toilet, saya jadi tukang jaga beg. Sementara tunggu kawan-kawan yang lain 'melepas hajat' masing-masing, kita melilau sekitar airport dulu. Keadaan tetap sama seperti setahun yang lepas. Ada beberapa orang pemilik taxi menyapa menawarkan khidmat taxi untuk ke bandar Guilin, saya tolak dengan baik. Tapi ramai-ramai yang menyapa, salah seorangnya ialah pekerja di airport. Gigih betul dia nak berbahasa inggeris walaupun dia tak pandai. Sampai berpusing-pusing badan nak cari perkataan yang sesuai untuk disampaikan. Rupa-rupa dia nak bagitau tempat tukaran wang. Lepas semua orang dah sedia kami nak cari bas ke bandar Guilin pulak. Tak susah nak cari bas sebab rasanya bas itu aje yang ada kat airport tu.

Caranya : keluar dari international arrival hall - belok kanan - jalan terus hingga ke domestic hall (boleh tanya kat kaunter informasi untuk kepastian) - bas dah sedia menunggu

Pintu keluar international arrival hall
Belok kanan dan jalan terus hingga ke hujung sana - domestic arrival hall
Ni lah rupa bas untuk ke bandar Guilin.
Bayaran tambang bas yang dikenakan untuk ke bandar Guilin ialah sebanyak 20 yuan dan perjalanan mengambil masa hampir 45 minit. Sepanjang perjalanan nak sampai ke bandar Guilin memang memukau pandangan. Penangan bukit-bukau di kiri kanan jalan nilah yang menyebabkan kami semua repeat balik trip ke Guilin ni. Lawa weh!

Lebih kurang 45 minit camtu, bas dah masuk ke area bandar Guilin. Ok, masa ni masing-masing clueless nak turun kat mana. Yang saya tahu hostel yang kami booked dekat saja dengan st. bus dan 100m dari st. train. Mulanya bas berhenti sekali, ramai orang yang turun dan ramai juga yang masih dalam bas. Disebabkan tak pasti, kami decide turun di hentian akhir. Tanya kat driver bus, dia  memanjang geleng kepala. Kali kedua bas berenti barulah kami turun. Itupun bila tengok driver bus dah cun-cun parking bus dia. Haha. Tak reti-reti nak turun lagi ke?

Elok kami turun bas, hujan turun.  Datang pakcik taxi offer naik taxi, mulanya saya tolak dulu sebab info yang dibaca memberitahu hostel tu tak jauh mana dari st. bas. Buka 'buku hikmat' tunjuk alamat hostel dalam bahasa cina, buat isyarat 'jari berjalan' (kononnya nak berjalan la ni) sekali pakcik taxi tu depa tangan. Sedepa ko! Mulut pulak duk sebut bu yao, bu yao (maksudnya tidak). Gaya macam jauh benor hostel kami tu. Cuak muka masing-masing. Tengok kawan-kawan dah kebasahan, dalam keadaan macam tu apa yang boleh kami ada kan? Ambik ajelah taxi, charge 20 yuan/taxi, 2 buah = 40 yuan. Sekali naik taxi tak sampai 5 minit dah sampai! Bila diteliti balik st. bus tu kat belakang je (tempat bas mula-mula berenti tadi),sengaja pakcik tu pusing-pusing jalan sebab nak bagi nampak jauh. Mula-mula sampai dah kena tipu! Bukan namanya ke China kalau tak kena tipu kan? Masing-masing menyumpah tak payah cakaplah. Nasib kami la....

How Flowers Youth Hostel, Guilin

Lepas pakcik taxi turunkan kami di tepi jalan berhampiran hostel, kami menapak naik tangga di tingkat dua untuk ke How Flowers Hostel. Untuk ke hostel yang terletak di tingkat 2 ni, kami akan melalui lorong antara bangunan. Kiri kanan tu kedai makan. Jadi kena tahan hidung dan mata sikit la ye kawan-kawan. Pada saya agak scary jugak nak sampai ke muka pintu hostel tu. (err... ada adegan yang terpilu berlaku masa naik tangga, nasib baik bukan saya yang kena, kalau tak confirm mood swing sampai ke petang). Hostel ni ok je, simple, hall dia besar siap ada snooker, ada pc nak berinternet, ada ruang bersantai, ada ruang membaca, kiranya selesa. Satu je yang kurang, tak ada pantry untuk masak-masak.

Salah satu sebab kenapa saya pilih untuk menginap di How Flowers Hostel ialah lokasinya. Sangat strategik. Land mark nak ke hostel ni ialah Home Inn sebab color bangunan ni striking - warna kuning. Tulisanpun besar - dari dalam bas boleh nampak tulisan. Lain-lain bangunan yang boleh dijadikan land mark ialah New Plaza Hotel dan Guilin Bank.

Pintu masuk ke hostel

Sampai di kaunter, keluarkan booking confirmation slip, bayar (56 yuan/person - 2 nights), dapat kunci kami terus ke dorm. Dorm 6 katil untuk kami ber'5, toilet pulak di tingkat 2 dan 3. Mujur sepanjang 2 malam di Guilin tak ada dorm mate baru, memang bilik tu kami yang punyalah! Yang bestnya dalam bilik ada kettle, apa lagi, memang mudahlah kerja kami nak masak meggi, bancuh air, buat nasi segera. Confirm tak kelaparan! Lepas dapat katil masing-masing, kemas beg, solat, kami bersiap-siap untuk keluar. Misi seterusnya ialah membeli tiket train Guilin-Nanning.

Guilin Railway Station

Nak ke stesen keretapi mudah je, jalan keluar dari hostel, lintas jalan dah sampai. Di Guilin sebenarnya ada 2 stesen keretapi iaitu Guilin Railway Station (dalam gambar di bawah) dan Guilin North Railway Station. Tapi paling besar dan selalu digunakan oleh pelancong ialah Guilin Railway Station atau Guilin South Railway Station. Terletak di jalan utama dalam bandar Guilin iaitu Zhongshan Road. InsyaAllah tak sesat kalau nak cari. hehe. Hari ke-5 kami nak ke Nanning, dan kami memilih untuk naik keretapi. Boleh refer schedule atau schedule ni untuk dapatkan masa, harga, lokasi dan jenis train yang nak dinaiki. Jangan lupa print schedule dari website, boleh jadikan rujukan. Bila nak beli tiket tunjuk je schedule train, lokasi dan masa kat kaunter - ia agak membantu.

Masuk dalam stesen, memang banyak kaunter, barisan pun panjang orang beratur nak beli tiket, tapi disebabkan tak faham satu apa pun, beberapa kali kami duk berpusing-pusing. Kaunter informasi pun tak ada. At least masa kat stesen train Guangzhou dulu ada jugak satu kaunter 'english speaking' walaupun yang jaga kaunter 2x5 je dengan kaunter sebelah. Tapi kat sini memang kami semua clueless! Jadi cara terbaik ialah kami aim muka-muka yang nampak educated sikit, lepas tu tanya. Senang cerita kena pinjam 'mulut' diorang jugak nak beli tiket. Kami mintak tolong 2 budak perempuan tolong kami dan settle!

Guilin Railway Station ; masuk dalam tu penuh kaunter untuk beli tiket.
Joh kata sekarang low season, orang tak ramai. Tapi tengoklah penuh orang. Nak mencelahpun tak mampu. Dahlah diorg pandang kitaorg macam tengok alien. Tulisan pulak semua tulisan cina, memang harulah jawabnya. Huhu

Harga tiket bergantung pada seat yang dipilih. Ada 3 jenis iaitu seat - 56-64 yuan, hard sleeper - 115/118/122 yuan dan soft sleeper - 175/182 yuan. Pilihan kami ialah soft sleeper untuk keselesaan. Lagipun harga tiket masih dalam kategori 'harga mampu' bagi kami. Biasalah, ada perkara yang kami boleh jimat, kami akan berjimat habis-habisan. Tapi kalau ada yang kami rasakan perlu untuk keselesaan kami dan memudahkan kami, apa salahnya kita berbelanja lebih sikit kan? Ni contah tiket yang kami dapat. Oh ya, jangan lupa tunjukkan passport masa nak beli tiket nanti.

Source of pic
Tiket keretapi Guilin-Nanning dah dapat, lepas ucapkan terima kasih pada budak perempuan yang bantu kami untuk beli tiket tadi, kami nak ke Nanxi Mount Park pulak. Kononnya nak tengok cherry blossom, tapi kata budak perempuan yang tolong kami tu, 2,3 hari ni asyik hujan je, kemungkinan besar bunga dah gugur. Gugur???

Sebelum tu, saya nak kongsikan bus route in case ada sapa-sapa nak sight seeing dalam bandar Guilin kan? Boleh naik bas dengan tambang 1 yuan aje. Perkhidmatan bas di Guilin boleh dikatakan mudah. Kalau nak ke Yangshuo stesen bas/ tempat menunggu bas depan stesen keretapi je. Sama juga dengan long distance destination macam Nanning, Hunan etc, perkhidmatan bas ada di situ jugak. Kalau bas dalam bandar Guilin je boleh naik/tunggu bas kat mana-mana hentian bas di sepanjang Zhongshan Road. Antara route bas ialah :

  • Mana-mana tempat dalam bandar Guilin bas no. 100, 99,2,3,10 dan 11
  • North station - south station bas no. 1,99 dan 100
  • Guilin Railway st - Seven Star Park bas no. 11
  • Guilin Railway st - Elephant Park, Fubo Hill & Folded Brocade Hill bas no. 2 dan tourist bus no. 1

Sepanjang kami kat sini bas no. 11 adalah bas kegemaran. Gi mana-mana tunggu bas no. 11 je. Terus sampai ke destinasi yang hendak dituju!


~ penat dah menaip nanti sambung lagi.

4 comments:

  1. Alah bestnya nyer travel area guilin naik bas..

    JM hari tu tak sempat nak ronda2 ngan bas..3 hari jek kat Guilin..

    JM pun ada mslah gak time nk beli tiket train..ahaha

    Bagus info yg PM begi ni..next trip (ada hajat nk pergi lagi tu..hehe) nak try bas pulak..dan nginap kat hostel :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, kitaorg ni naik bas turun bas aje kerjanya sepanjang trip ni. haha

      tak rugi kalau nak repeat balik Guilin ni. haha *hasut JM

      Delete
  2. kalau pergi tempat yang macam ni, memang aku copy sebijik-sebijik la iti ko pm, sampai takda tulisan roman langsung. kalau bahasa cina tulis roman, at least boleh lah baca kan...ramai pulak orang ke guilin kalini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy paste ajelah orga. sharing is caring apa! haha
      itulah, tak sangka plak ramai pulak orang ke Guilin lately ni. hehe

      Delete