Followers

Sunday, April 14, 2013

TRIP SELEKEH (4) : Makanan halal di Guilin

Tahun lepas masa datang Guilin dengan pakej, Joh ada bawak kami singgah makan di beberapa kedai halal di Guilin. Tapi dalam banyak-banyak restoran inilah yang menjadi pilihan kami. 

Endian Halal Restaurant
No. 1, Chongshan RoadGuilin (恩典清真餐厅 桂林市崇善路1(近清真寺)
Landmark : Chongshan Road Mosque / berdekatan jalan masjid

dan

Islam Restaurant
Xicheng Road, 55, Xiangshan District, Guilin (伊斯兰饭店  - 地址桂林市象山区西城路55号)

Macam mana nak ke sini? Mana nak mula eh? Ok, kita mula dari naik bas di jalan utama Guilin iaitu Zhongshan Road. Contohnya, kalau dari hentian st. keretapi (tunggu bas di seberang jalan dari st. keretapi / hentian depan New Plaza Hotel) naik bas (boleh naik bas 100,99,2,3,10 dan 11) berhenti di hentian ke-3/ 4 daripada hentian st. keretapi. Kemudian lintas jalan menuju ke lorong pasar malam (gambar pintu gerbang pasar malam dalam entry trip selekeh (3). Jalan saja sepanjang lorong pasar malam hingga hujung jalan, belok kanan ialah Chongshan Road. Dari hujung simpang tu, kalau korang tengok kanan mesti dah nampak signboard kedai halal dalam gambar bawah ni. Pastikan jadikan masjid sebagai landmark sebab kedua-dua restoran ni berkongsi dinding dengan masjid. Jangan lupa print alamat dalam tulisan cina, nanti senang nak tanya orang :)

Di Chongshan Road ada 2 kedai makanan halal - Islam Restaurant (kedai mee tarik) dan Endian Halal Restaurant (kedai makan biasa). Yang signboard biru kedai tu kedai mee tarik dan sebelahnya ialah Endian Halal Restaurant.
Menu hri 1'st di Guilin - Crispy Corn : jangan pelik kalu saya katakan jagung ini antara salah satu sebab kenapa kami repeat balik trip ke Guilin. Sedap sangat sampai termimpi-mimpi!
3 menu lain, seperti biasa nasi goreng cina, sweet corn dan ubi sira kot? Ubi ni sedap terutamanya bila makan masa panas-panas, TAPI manis gila dan gula yang sangat liat. Macam kunyah gula-gula. Melekat kat gigi!

Menu hari last di Guilin : siap order jagung sampai 2 mangkuk, nasi goreng telur dan seaweed soup. Simple tapi sedap!
Ni pulak kedai menjual barang makanan halal, ada jeruk, meggi dan pelbagai makanan ringan China, semuanya ada tanda halal. Ni kedai baru, tahun lepas tak ada kedai ni. Ini kedai Muyam, isteri tokey Endian Halal Restaurant. Tahun lepas masa datang sini Muyam free hair, tapi lepas setahun dia dah bertudung likup. Comel!

Ada beberapa lagi kedai makan/restoran yang kami jumpa di sekitar bandar Guilin sepanjang kami berjalan-jalan di sana. Tak silap saya di sepanjang jalan pasar malam ada satu kedai mee tarik. Sebelah Guilin Bank pun ada sebuah kedai. Nak kenalpasti mana satu kedai halal biasanya di signbord kedai makan tu ada gambar kubah masjid dan tulisan 'halal'. Pekerja pulak biasanya berkopiah. Jadi sesiapa yang datang Guilin tak perlulah risau takut kelaparan, InsyaAllah ada restoran/kedai halal di Guilin.

Boleh juga rujuk SINI, SINI dan SINI.

~ sambung lagi

6 comments:

  1. awesome!!! thank you!. sedap sgt ke jagung tuh? aku terasa ingin menerai jugak lor.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. no sweat! pada kami sedap la. jagung tu rangup, macam jagung celop tepung. makan masa panas lagi sedap. Nak lagi sedap bila makan berebut, sekejap je licin. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. makanan tu ceria, yg tukang makan lagi ceria. hehehe

      Delete
  3. Ishh..mmg dasyat sedap tu kalau sampai termimpi2..heeee

    Kalau yang pakai gigi palsu mahu tercabut giginya kalau mkn ubi kayu tu heeee

    Arghh..mcm mana leh terlepas seaweed soup nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, memang termimpi2. haha.

      kalau orang yg pakai gigi palsu makan ubi tu, x payah pakai polident dah JM sbb dah ada gula tolong lekatkan. hahaha

      seaweed soup ni memang sedap JM, tgk bahan-bahan simple, tapi sedapnya... sampai licin kami makan.

      Delete