Followers

Wednesday, April 10, 2013

TRIP SELEKEH (1) : Seminggu sebelum itu....

Kenapa gelar trip ni 'trip selekeh'? Tak best ke trip korang? Tanya kawan saya. Saya ketawa besar. Selekeh tu maksud saya bukan tak best ke apa. Trip ni memang best! Selekeh maksud saya bila mengenangkan tempat-tempat yang kami terjah, aktiviti yang kami buat, dengan tak mandinya, redah hujanlah, makan ikut suka hati, pakaian tak payah cakaplah sempoi gila, bak kata cik bunga baju kita ni dah macam beggar stail dah rupanya. Aci pakai je baju apa pun. Haha. Sekali tengok memang selekeh!  

Persiapan untuk trip kali ni boleh dikatakan agak teratur berbanding trip-trip yang sebelumnya. Maklumlah agak lama jugak kami tak berjalan sama-sama. Masing-masing banyak agenda kan? Tambahan plak sekarang ni ada 'budak sekolah' kan, jadinya kalau nak berjalan sama-sama kena tunggu semua orang available baru ON! Since tiket flight untuk trip ni dah beli berkurun lamanya, adalah jugak 2 orang budak sekolah terpaksa ponteng kelas. Nasib la kan....

Disebabkan semua orang sibuk dengan hal masing-masing, seminggu sebelum tarikh kami pergi barulah dapat jumpa. Nasib baik. Masa jumpa tulah nak settlekan check list, makanan apa nak bawak, baju yang nak dibawa, berapa RM/yuan/dolar/dong yang nak ditukar dan masa tu jugaklah kami keluar sama-sama cari barang-barang yang belum ada. Seperti biasa diaorg semua datang ke SK, dan kami terus ke KL & misi mencari baju panas dan beg. Sogo sale! Lepas tu ke Pertama Complex mencari beg. Rembat apa yang termampu lepas tu shot ke Sunway Pyramid pulak. Gigih sungguh!

Ada beberapa yang paling kami amik berat bila nak berjalan macam ni, antaranya :

1. Itinerary
Buku hikmat kami walaupun tak 100% cukup informasi tentang tempat yang akan kami lawati di dalamnya, tapi ia sangat membantu. Mengalahkan buat thesis pulak kan? Tapi saya suka sebab secara tak langsung kita akan dapat banyak pengetahuan am daripada info-info yang dicari.
Nak dapat iti yang lengkap beberapa kali jugak kami terpaksa ubah iti. Maklumlah masa yang ada hanya 9 hari, tapi kalau boleh nak terjah semua tempat. Mana mampu kan? Itupun semua iti yang dirangcang mestilah selari dengan budget yang kami tetapkan. Namapun percutian budget kan? Itinerary pulak kami sesuaikan dengan masa, contohnya untuk jimatkan masa siang kami cuba dapatkan train/bas yang available pada waktu malam dan sampai pada keesokan harinya. Jadi jimat masa. 

Ada sesetengah tempat yang jauh untuk diterjah seperti Longji, Halong Bay dan Hoa Lu rasanya menggunakan khidmat pakej 1 hari lebih jimat dan efektif. Contohnya Longji Dragon's Backbone, kami cuba  selidik 2 kaedah (ia hanya sesuai untuk orang yang ada masa yang pendek tapi berangan nak pergi semua tempat) :

i. Airport Guilin - Longji (stay 1 nite) - sight seeing in Longji -  Yangshuo = estimate day : 2 days

Method ni memang jimat masa, tapi rugi duit dan tenaga. Sebabnya untuk ke Longji tak banyak perkhidmatan bas awam yang disediakan. Cara mudah pengangkutan kena deal dengan homestay/hostel/hotel di Longji yang akan sediakan kenderaan iaitu dari Guilin - Longji charge yang dikenakan ialah sebanyak 500 yuan (sehala) dan dari Longji - Yangshuo pula sebanyak 600 yuan. Maknanya kena laburkan 1000 yuan / RM500 untuk transport saja. Tu tak termasuk penginapan dan kos-kos tersembunyi yang kita sendiri tak pasti lagi. 

ii. Airport Guilin - Guilin City (stay 1 nite) - 1 day trip to Longji (pakej + stay 1 nite) - Yangshuo = estimate day : 3 days

Yang ni lebih mudah dan santai. Sampai airport amik bas ke bandar Guilin. Ada masa boleh ronda-ronda bandar Guilin dan stay 1 malam, esoknya ambil pakej terus ke Longji. Kita habiskan 1 hari untuk cover tempat-tempat menarik di Longji dan petang sampai di Guilin balik. Bermalam satu malam lagi, esok pagi-pagi baru ke Yangshuo. Sebenarnya kos tak jauh beza dengan method (i), tapi rasanya kurang penat sikit sebab jarak antara Guilin - Longji - Yangshuo bukan dekat. Makan masa. Tambahan pulak jalan raya di sana boleh tahan 'lawa'. Tak pepasal dapat free massage  :)

Itu baru satu contoh, jadi pepandailah buat itinerary sesuai dengan masa yang kita ada. Untung-untung bolehlah kita terjah semua tempat kan?

2. Hostel booking

Banyak website yang kita boleh rujuk untuk booking hostel yang sesuai contohnya melalui booking.com, agoda, hostelworld etc. Ini antara task saya la tu. Jadi saya mesti cari hostel yang sesuai, murah dan selesa, yang penting lokasi mesti strategik + dekat dengan st. bus, st. train dan pengangkutan awam yang lain. Kali ini pilihan kami ialah hostel. Rate satu malam serendah RM18-20/person. Apa yang selayaknya kami terima untuk rate serendah itu hanyalah dorm. Kami ok je. Janji selesa. Tapi dalam selesa tu mersa jugak berkongsi dorm dengan lelaki. Mujur satu malam je. Nasiblah kan! 

3. Barang-barang dan makanan

Semua barang makanan yang nak dibawa kami beli sama-sama, bahagi sama banyak, bawak sama-sama, sampai sana kita makan sama-sama. Konsep sharing is caring kan? Paling penting ada nasi segera tajaan Nasgera, mushroom soup, roti, serunding dan sambal bilis. Nasgera tu kami keluarkan dari bekas dan re-pack siap dengan tagging semua supaya tak bertukar jenis makanan. Kalau tengok dari makanan yang kami packing tu kiranya InsyaAllah tak akan kelaparan sepanjang kami kat sana nanti. Total lost untuk semua makanan yang kitaorang beli lebih kurang RM150 bahagi 5 orang cuma keluarkan RM30 seorang. Kira berbaloilah pada saya kalau nak bandingkan beli sendiri kosnya mungkin lebih mahal. Lebih baik kita berkongsikan? Semua boleh rasa sama-sama ^_^

Gila banyak stok makanan yang kami bawak, sekali tengok macam nak pergi berkelah ke Guilin aje. Kekononnya takut kelaparan kalau takde makanan halal kat sana. Tapi jangan risau, kat Guilin, Yangshuo dan Hanoi ada beberapa restoran/kedai halal yang boleh kita pergi. Hargapun berpatutan. Kalau makan ramai-ramai kos untuk makan ber-5 lebih kurang 70-90 yuan (RM35 - 45). Kira masih mampu bagi budget kami :)

4. Web check in + Luggage

Bab ni tugas cik bunga sebab trip kali ni dia yang beli tiket. Jadi kami semua pilih apa menu nak makan dalam flight dan order aje. Web check in dan pembelian luggage akan diuruskan oleh beliau. Senang kerja bila kita dah bahagikan tugas. Luggage pulak, everage berat beg setiap orang 10-12kg, jadi untuk kami berlima kami beli 60kg rasanya dah mencukupi. Kita group check in. Jimat. Since AA berkira, kitapun haruslah lebih berkira kan? Haha. Kedekut sungguh!

Tu je kot, bab-bab kemas baju tu kira pandai-pandai la ye. Kami ni jenis sempoi, pakai aje apa yang ada.  Yang penting selesa di pakai. Tapi pasal kemas baju ni memang last minute punya kerja. Esok nak g malam tu baru terhegeh-hegeh nak kemas beg. Biasanya saya akan gosok semua baju/seluar/tudung dulu sebelum masuk dalam beg. Masukkan dalam vacuum bag dan susun aje dalam beg, esok kita tinggal nak galas aje beg bawak ke airport.

Papepun  happy travelling uols!

* Sekadar berkongsi info dari amature traveler/backpacking/tourist yang baru nak belajar kenal dunia...

12 comments:

  1. Trip selekeh katanya hikssss x sabar nk tgk picture selekeh ker heeee smua pic view sblum ni mmg awesome

    Wowww all prepare very well baru organize kan. X sbr nk baca trip perjlanan PM ni mesti lebih meriah dari JM nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. gambar biasa2 je JM, camera pun tak besar mana. huhu

      eh, jangan kata trip JM tak meriah, lain orang lain gayanya kan? yang memeriahkan kita sendiri. hehe

      Delete
  2. best..best...entah bila dapat travel sekali...kalau heret 3 orang budak bawah umur tu..memang tak terikutlah rentak GBS hua hua hua

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je k.intan nak heret 3 orang budak bawah umur tu ikut GBS, best apa. mesti super duper meriah kan???

      Delete
  3. tu bukan selekeh pm, tu stylo, hehe...apa-apa saja boleh pakai...pasal guilin aku tak khatam lagi, bolehlah tengok ko nyer aktiviti and copy paste, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. stylo la sangat orga. Agak2 kan, ada tak orang berani pakai kasut getah macam kitorg (tapi bukan aku. haha) time berjalan?

      kalau nak copy paste apa xtvt yg kitaorg buat... cecepat la beli tiket ke guilin! hehe

      Delete
  4. dulu waktu mula2 start travel ade gak buat buku hikmat mcm ko ni. tapi now mcm dah malas giler plus busy dgn keje. aku lebih kepada susun itinerary (guna excel + google maps dlm susun route). then sediakan bajet (excel gak) then, tempat2 menarik just jot down je. kalo ade masa nak terjah, terjah jela. hehehe.

    byk sungguh makanan korang bawak ekk! bagus2 kang tak kelaparan nnt. aku ade survey2 gak hostel kat guilin ni. mmg murah sungguh! harga boleh dpt mcm yg ko bgtau kat atas. review pn bagus.

    we want more!

    ReplyDelete
    Replies
    1. henry, buku hikmat ni buat untuk trip jauh2 je, senang compilekan semua info jadikan satu buku. itinerary excel pun buat jugak, senang nak refer kan?

      kononnya bawak makanan takut kelaparan la kan? tapi sayang banyak tak habis. nak buat camne, jumpa kedai halal je kami singgah, jumpa kedai kopi kami berenti. makanan tak terusik. camne tu. haha.

      hotel kat guilin memang murah. lokasi dengan tempat2 menarik pun dekat, kira strategik la :)

      Delete
  5. Trip je selekeh...tp peserta tetap diva..baju tukar tiap2 hari aper!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting mandi 2 kali sehari walaupun suhu sejuk! hahaha

      Delete
  6. beli kat mana nasgera tu? nak cuba la.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat maidin ada. mampu beli, satu bekas dalm 3.++ kot, boleh la cuba :)

      Delete