Followers

Wednesday, April 03, 2013

CATATAN HAJI (10) : Hari ke-4 di Tanah Haram

Dari Aisyah r.a : dari Rasulullah s.a.w (Aisyah memberitahu) tentang tamattu yang dilakukan Rasulullah s.a.w, menunggu waktu haji setelah tahallul dari ihram umrah dan para sahabat juga melakukan haji tamattu' bersama baginda - (Kitab sahih Muslim : 2160)

Seperti biasa, rutin harian saya di sini bermula seawal jam 3.00 pagi. Bangun bersiap untuk ke masjid. Sebelum tu perut kena isi dulu. Kang lapar tak bleh nak concentrate pulak. Saya bawak susu soya dari Malaya, bancuh dengan air masak, goncang dan minum. Alhamdulillah, kenyang untuk beberapa jam.  Sepanjang kat hampir 45 hari di Tanah Haram, bekalan 2 tin susu soya mencukupi dan sangat membantu. Kemudian, jalan kaki bersama-sama teman-teman sebilik ke masjid. Kalau ada masa terluang sebelum solat subuh sempatlah kerjakan solat-solat sunat atau membaca al-quran. 

Hari jumaat pertama di Tanah Haram, semasa solat subuh di rakaat pertama saya tertunggu-tunggu surah apa yang imam nak baca lepas Al-Fatihah. Kalau imam baca surah As-Sajadah, adalah rezeki saya bersujud sajadah di Masjidil Haram. Tapi hari itu bukan rezeki lagi... Imam hanya membaca surah lazim biasa. Tak apa... dapat merasa sujud sajadah sekalipun jadilah nanti!

Tawaf sunat kedua
Semakin hampir wukuf jemaah haji dari serata dunia semakin memenuhi Masjidil Haram

Lepas subuh sekali lagi saya dan K.aya tawaf sunat. Jemaah memang agak ramai pagi itu. Jalan menuju ke 'lampu hijau' - tempat permulaan tawaf memang agak sesak. Sebelum itu, kami simpan dulu kasut di tempat letak kasut. Biasanya saya bawak uncang kasut dan simpan kasut di dalamnya. Lebih selamat. Tapi jika hendak melakukan tawaf (walaupun hanya membuat tawaf sunat), jemaah dinasihatkan tidak membawa uncang kasut tawaf bersama-sama (walaupun kasut telah dimasukkan ke dalam uncang) kerana dibimbangi kotoran/najis pada tapak kasut terlekat di tapak kasut. Walaupun perkara ini simple dan nampak remeh, tapi kebersihan/ isu taharah perlu dititik beratkan semasa melakukan ibadah. ^_^ 

Semasa kami sibuk memakai stokin khas untuk tawaf, kami terserempak dengan makteh - rakan sebilik kami. Kebetulan diapun bercadang nak buat tawaf sunat. Alang-alang dah jumpa geng, kami ber'3 tawaf bersama. Dalam keadaan jemaah yang makin ramai kami menyelit antara ribuan jemaah yang ada. Alhamdulillah, ruang untuk kami ber'3 sentiasa ada di situ. Kali ni makteh jalan di depan dan kami ber'2 mengikut dari belakang. Menggunakan kelebihan tubuhnya yang agak besar dan tinggi dia mampu menyelit-nyelit masuk ke dalam lingkungan jemaah yang sedang melakukan tawaf. Memang hebatlah makteh! Saya yang sebesar 'jari kelingking' memang tak mampu nak buat macam tu. Sekali kena tolak confirm tumbang! Disebabkan tak mampu bersesak-sesak untuk masuk ke dalam lagi, kami biarkan makteh masuk sendirian - kami terpisah ketika pusingan ke'3 mengelilingi kaabah. Kami berdua teruskan melakukan tawaf hingga selesai 7 pusingan. 

Selesai 7 pusingan tawaf, kami beredar dari lingkungan orang yang sedang mengerjakan tawaf - memberi laluan kepada orang lain yang mahu bertawaf pula. Seperti biasa kami menuju ke arah makam Ibrahim mencari ruang kosong untuk bersolat di situ. Waktu dhuhapun dah masuk, kami ambil kesempatan untuk dhuha skali. Solat dan duduk memerhatikan gelagat jemaah lain memang seronok. Selepas puas duduk 'buang masa' di depan Kaabah, kami beredar untuk pulang. Sebelum tu singgah dulu di paip air zam-zam - minum air sepuas hati.

Tawaf kedai

Keluar dari Masjidil Haram, di dataran masjid saya cuba telefon makteh. Kebetulan makteh juga tengah berada di sekitar dataran masjid. Alhamdulillah jumpa balik makteh lepas terpisah semasa tawaf tadi. Makteh ni kelakar, dia nampak aje kami berdua terus dia jerit dan peluk kami. Macam orang terpisah bertahun-tahun gayanya. Hahaha. 
Jom kita ikut mana makteh dan K.aya nak pergi. 
Semasa musim haji, kawasan lapang ini dijadikan tempat bas berhenti. Biasanya bas yang membawa jemaah turki sebab hotel jemaah turki jauh dari Masjidil Haram iaitu terletak di Mina. Jadi diaorg kena naik bas untuk ke Masjidil Haram.
Suasana di sekitar kawasan hotel kami. Di antara bangunan-bangunan ini terdapat lorong dan kedai-kedai menjual pelbagai barang dan makanan. Nak cari apa semua ada! Mak dengan ayah aje yang takde. Hehe. Kalau masuk ke dalam lagi kita akan jumpa pasar kering di sini. Bangunan-bangunan ini sekarang semuanya dah dirobohkan... tinggal kenangan dah... lepas musim haji 2012 semua bangunan/hotel/restoran/kedai dirobohkan sebab nak bina stesen LRT di sini. Lepas dah siap stesen LRT, jemaah haji dah tak perlu lagi naik bas untuk ke Arafah, Muzdalifah dan Mina sebab dah ada kemudahan LRT. Bila dijangkakan siap saya kurang pasti. Yang pastinya, untuk membina stesen LRT,  kerajaan Arab Saudi minta khidmat kepakaran dari Malaysia - KTM. 
Ok, dah dapat hasil. Jom kita balik. Kami beli sarapan pagi, roti nan cicah dengan kuah dhal. Makteh pulak sempat singgah kedai kain hadiahkan kami sepasang kain pasang sorang. Buat kenang-kenangan katanya. :)
Rezeki pagi ini - roti nan cicah dengan kuah dhal. Roti dia agak keras, tapi bolehlah makan. Biasanya orang-orang arab makan roti ni cicah dengan yogurt. Nampak sedap bila tengok diorg makan, tapi untuk tekak saya rasanya tak boleh geng. Tekak melayu... huhu
Aduan aircond lagi

Sudah masuk hari ke-4 di Tanah Haram tetapi masalah aircond di bilik kami belum pulih lagi. Dugaan semuanya tu kan? Sebagai ahli bilik termuda, bab-bab mereport ke pejabat tabung haji semua dipertanggungjawabkan kepada saya. Makcik-makcik di bilik tu apa-apa masalah cari saya, kira sampai sini kena jadi guardian pulak. hahaha. Sebenarnya saya dah sampai tahap segan nak berdepan dengan petugas TH. Hari-hari asyik muka saya je yang duk mengadu masalah aircond. Tapi apakan daya, kalau tak buat aduan, kesianlah kami semua kepanasan tidur malam. Akhirnya penolong pengurus TH bagi kunci bilik 601 untuk kami semua sementara waktu. Untuk tidur aje, sementara aircond dibaiki ataupun bila penghuni asal bilik datang kami kena pindah ke bilik asal.

Hikmah di sebalik panggilan haji 

Setahun sebelum mendapat panggilan haji, saya dan keluarga telah datang menunaikan umrah iaitu pada tahun 2011. Sejujurnya ketika datang ke Tanah Haram, ilmu saya tersangat cetek. Keputusan dan urusan untuk menunaikan umrah juga semuanya diuruskan oleh mak saya. Disebabkan saya berada di Putrajaya, saya tak berpeluang mengikuti kursus umrah yang dijalankan oleh pihak pakej yang semuanya dibuat di tanah kelahiran saya, Terengganu. Jadi saya hanya berkesempatan berjumpa sekali sahaja dengan Haji Ibrahim (itupun atas permintaan saya) untuk mendapat sedikit ilmu daripadanya. Selebihnya saya dapat ilmu dari pembacaan. Betullah kata bijak pandai, kalau nak mencari ilmu kena ada guru, jangan belajar sendiri sebab tentu banyak perkara/ilmu yang tak sampai kepada kita. Padahnya, semasa tawaf wida' saya secara tak langsung telah melakukan satu kesilapan. Dan kesilapan itu saya bawa sampai ke Malaysia tanpa pengetahuan saya!

Setahun berlalu, selepas mendapat panggilan menunaikan haji dan mengikuti kursus persediaan haji - ketika membincangkan topik Dam barulah saya sedar kesilapan yang telah saya buat setahun yang lepas! Bayangkan kalau lepas 10 tahun baru dapat panggilan haji - maknanya dalam tempoh 10 tahun  jugaklah 'berhutang' dengan Allah... Alhamdulillah.. Allah sentiasa dan tak pernah kejam pada umatNya. Dia 'panggil' saya kembali ke Tanah Haram untuk saya betulkan kesilapan yang telah saya buat dulu. Jadi kepada sesiapa yang baru balik dari menunaikan umrah/haji cuba check balik, renung balik ada tak perkara/perbuatan yang kita lakukan tanpa sedar ya...

Ke pejabat PINTHAS

Selepas ke pejabat TH, saya singgah sekejap di pusat ibadah TH. Seorang ustaz dan ustazah setia menunggu di pusat tersebut untuk membantu para jemaah sekiranya terdapat sebarang persoalan/masalah berkaitan ibadah haji. Kebetulan masa masih awal dan pusat ibadah juga kosong, jadi saya ambil peluang mendapat pencerahan tentang dam tamattu' dan dam kifarah. Mula-mula saya ceritakan pada ustaz tentang kesalahan yang pernah saya lakukan setahun yang lepas sehingga menyebabkan tawaf wida' saya terbatal. 

Walaupun saya dah tahu jawapan ustaz, tapi saya nak tanya jugak. Ustaz senyum aje dengar cerita saya. Kata ustaz ni perkara biasa yang dilakukan oleh jemaah muda. Sengih ajelah.. dah memang tahu buat salah kan? Agak-agak kan apa kesalahan saaya eh? huhu.. Kata ustaz, melakukan tawaf wida' hukumnya sunat tetapi meninggalkan tawaf wida' secara sengaja atau melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan tawaf wida' tidak berdosa dan umrah/haji yang dilakukan juga SAH tetapi dikenakan DAM. Ia seolah-olah seseorang itu berhutang dengan Allah kerana meninggalkan perkara sunat yang baik dan ia seperti seseorang itu tidak menghormati Tanah Haram sebagai tanah yang suci. Dam yang dikenakan ialah berpuasa selama 10 hari (3 hari ssemasa berada Mekah dan 7 hari di tempat masing-masing) atau dam seekor kambing (nilainya berdasarkan harga semasa seekor kambing). Dalam kes saya, dam yang dikenakan ialah seekor kambing. Lumayan tak? 

Dam bagi Haji Tamattu'

Dam Haji Tamattu' adalah antara dam yang dikenakan kerana jemaah meninggalkan salah satu wajib haji iaitu tidak berniat di miqat ketika hendak berniat ihram haji berpandukan syarat-syarat yang dikenakan kepada orang yang melakukan Haji Tamattu'Dam yang dikenakan kerana jemaah menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji. Ini bermakna, kita boleh melakukannya (iaitu Haji Tamattu'), kemudian wajiblah membayar dam iaitu menyembelih seorang kambing/ binatang yang sama nilai dengannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Rujuk dalil di SINI

Selesai 2 perkara saya balik ke bilik. Hari ini saya hanya bersolat zohor di masjid kerana solat jumaat tidak diwajibkan pada jemaah perempuan. Teringin sebenarnya nak merasa solat jumaat, tapi disebabkan  jemaah yang datang semakin ramai dan sesak kerana waktu wukuf yang semakin hampir, saya simpan dulu niat itu. Kesihatan perlu dijaga kerana perjalanan ibadah haji saya makin panjang. Jam 2.00 petang barulah kami bersiap-siap untuk ke masjid dan seperti biasa marathon 3 waktu iktikaf di Masjidil Haram sehingga Isya'. 

Di sini saya kongsikan link untuk rujukan kita bersama :



~ bersambung lagi

No comments:

Post a Comment