Followers

Saturday, April 20, 2013

TRIP SELEKEH (6) : Yangshuo

Hari ke-3. 

Selepas 2 malam di Guilin, sampailah masa kami nak ke Yangshuo pulak. Kata orang bila ke Guilin, kalau tak singgah Yangshuo macam tak lengkap percutian tu. Saya setuju! Sebab pemandangan kat Yanghuo sangat lawa! Yangshuo walaupun hanya tempat yang kecil di pinggir bandar Guilin, tapi tempat ni sangat terkenal dengan pelancong. Tak percaya? Kena pergi sendiri baru boleh nilai ye.

Selepas sarapan, packing bekal kami gerak ke stesen bas. Sebelum tu sempat jugak kami tinggalkan 'jejak' di hostel ni. Antara keunikan hostel ni ialah, sesape yang pernah menginap kat hostel ni boleh conteng apa saja di dinding hostel. Seronok baca catatan 'jejak' dari pengunjung serata dunia. Kreatip sungguh! 

Orang dah bagi peluang menconteng, apa lagi contenglah walaupun tak berapa nak kreatif. Eh, apsal 'orang lidi' cik bunga paling 'besar' eh? Kena diet ni. *lariks
Lepas checkout, kami bergerak ke stesen bas. Tak jauhpun dari hostel. Untuk ke Yangshuo naik bas macam kami, boleh tunggu bas di stesen bas/hentian bas yang berhampiran dengan stesen keretapi. Depan keretapi tu banyak kaunter bas, boleh tanya orang kalau tak pasti. Tapi korang jangan risau, tak sempat nak cari bas berduyunnnn orang datang offer bas ke Yangshuo. Macam kami, tak sempat nak cari bas, ada makcik tegur. Kami fahampun sebab dia sebut busse... Yangshuo? Bila kami angguk dia terus cakap Er shi quei (20yuan). Kemudian laju je, dia bawak kami melintas jalan untuk tahan bas di seberang jalan. Dengan beg besar di belakang macam 'lipas kudung' masing-masing ikut makcik tu (biasanya tambang bas ke Yangshuo ialah dari 18-20yuan). 

Perkhidmatan bas Guilin-Yangshuo setiap 20 minit bermula dari pukul 7.30am hingga 7.00pm dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke Yangshuo. Kalau ada sesiapa yang tak nak naik bas, kemudahan taxipun ada - tambang 200yuan/sehala. Ada lagi option lain yang lebih menarik kalau hendak ke Yangshuo iaitu naik bot hingga ke Yangdi/Xing Ping dan kemudian ambil bas untuk ke pekan Yanghuo.

Mulanya kami plan nak cuba route boat ke Yangshuo, tapi bila memikirkan beban beg sebesar 'anak gajah' yang terpaksa kami pikul, plan terpaksa diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan semua. Tambahan pulak, kami nak bermalam 2 malam di Yangshuo - untuk tinggalkan beg di hostel di Guilin macam tak sesuai je. Kalau satu malam mungkin boleh consider lagikan. Maklumlah kalau dah namapun perempuan walau sesempoi mana sekalipun tetap jugak perempuan kan? Walaupun kami ni bukan golongan perempuan yang melaram, tapi bila berjalan macam ni, beg tu kira 'nyawa' lah bagi kami. * panjang pulak merapu.

Lepas makcik tu bawak kami melintas jalan ke seberang, kami terus naik bas.Lagipun bas dah siap sedia menunggu tinggal nak bertolak je. Kami naik bas biasa - jenis berhenti ambil/turunkan penumpang. Dari bacaan saya untuk ke Yangshuo ada juga disediakan bas ekspress (tapi saya x pasti tunggu di mana) - tambang dengan bas biasa tak jauh beza, tapi masa tu kami dah malas nak mencari-cari bas lagi, alang-alang dah ada bas depan mata, kami naik je. Janji sampai ke destinasi yang betul kan? Yang seronok naik bas macam ni kita boleh tengok macam-macam gelagat penduduk tempatan. Ada yang bawak ayam dalam bas, ada yang bawak guni besor dan macam-macam ragam lagi. Perjalanan sepanjang jalan Guilin-Yangshuo pun lawa - Nampak bukit bukau, kebun sayur yang luas mata memandang kiranya tak bosan layan view. Tapi kami pulak sibuk proses tahi mata. Haha.

Bas ke Yangshuo. 
Setelah hampir 1 jam setengah duduk dalam bas - penumpang turun dan naik, akhirnya bas masuk ke kawasan bandar, rasanya kami dah nak sampai Yangshuo kot. Tapi bayang stesen bas pun tak nampak lagi ni. Tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan (betul-betul di depan pam stesen) dan konduktor bus cakap cong ceng cong ceng Yangshuo! Yangshuo! cong ceng cong ceng - gaya macam nak menghalau okeh. Ramai pulak yang bangun dan turun. Kami tak ada pilihan selain dari angkut beg dan turun.

*  Saya pernah terbaca review menyatakan sesetengah bas Guilin-Yangshuo tak berhenti di stesen bas sebaliknya menurunkan penumpang di tepi jalan bila sampai di Yangshuo. Jadi bila kami terkena macam tu tak adalah panik sangat kan?

Turun dari bas seperti biasa kami diserbu pemandu taxi (macam tuk-tuk). Macam biasa 'ayam dan itik' bercakap. Kita kata A, diaorg kata B. haha. Tak tahu nak terangkan macamana, last2 saya buat isyarat 'jari berjalan' barulah diorang mengalah. Nasib baik ada salah seorang daripada diaorg yang 'baik hati' tunjukkan arah supaya kami melintas jalan dan masuk jalan di seberang iaitu Pantao Road. 

Kat tepi jalan ni lah kami diturunkan. Beria 'pakcik dan makcik' taxi ni offer nak hantar kami ke hostel. Nasib baik 'kakak' baju merah tu baik hati tolong tunjukkan jalan bila kami decide nak jalan kaki je ke hostel
Sebelum sesat barat meh kita posing dulu. hehe
Pantao Road : jalan utama di Yangshuo. Kalau korang diturunkan oleh bas di tepi jalan ni, jangan panik - jalan saya sepanjang Pantao Road, InsyaAllah akan jumpa hostel/hotel korang sebab kebanyakan hostel/hotel terletak di Pantao Road. Yanghuo ni memang 'mewah' dengan gunung - kiri kanan gunung.

Kalau dirujuk pada peta, rasanya kami dah berada di jalan/direction yang betul. Sekarang kena cari mana lorong nak ke hostel. Hampir setengah jugak kami jalan tanpa tujuan - beberapa kali singgah tanya orang, akhirnya jumpa jugak hostel yang dicari. Yeyyy!!
Lorong ke How Flower Youth Hostel, Yangshuo. 

Peta How Flower Youth Hostel di Guilin dan Yangshuo. Bus berhentikan kami depan pam stesen sebelah Bank of China. Dekat saja sebenarnya, tapi bila tak pasti semuanya jadi jauh.

Sampai di hostel, check in (70yuan/person - 2 nights). Kami pilih dorm jugak, tapi kali ni kami ber'5 terpisah. 2 orang di tingkat 3 dan 3 orang di tingkat 4. Nak buat macamana, mula-mula saya booked hostel tu, cun-cun dapat 5 orang satu dorm, tapi bila bincang itinerary, katanya nak ubah tarikh dan kurangkan hari di Yangshuo, sayapun cancelkan dorm dan booked hari lain. Tapi last-last itinerary bertukar ke itinerary asal - maknanya saya re-booked balik hostel. Malangnya banyak dorm dah penuh. Apa pilihan yang ada? Terpaksalah paksa rela 'berpisah'. (poyo je kan? padahal berpisah satu aras je pun).

Masuk dorm, tengok katil dah terisi dan kami dapat dormate lelaki? Hahaha. Ok, malas nak fikir lagi. Kami bersiap, solat dan turun bawah sebab lepas ni kami nak keliling Yangshuo dengan basikal pink! woha!!

~ bersambung

4 comments:

  1. Murah tu tambang bas ke Yangshou, klau ada trip kali ke 2, nk jdkan entry ni sbg panduan, boleh kan PM heeee

    ReplyDelete
  2. boleh aje JM... sharing is caring kan??? :)

    ReplyDelete
  3. hehe kena turun kat stesen minyak juga ye.. samalahh. Tapi kita sesat barat nak cari hostel. Kena cari stesen bas dulu, baru faham jalan nak hostel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, agaknya sama je kot tempat bus tu turunkan penumpang dari Guilin.

      Nasib baik dah pernah baca view pasal bus Guilin-Yangshuo ni. Jadi xdelah ralat sangat bila terkena camtu. hehe.

      Delete